Mufti Perlis Tuduh Ustaz Kazim Berdasarkan Twitter Palsu










Kuala Lumpur – Ustaz Mohd Kazim Elias hari ini mempersoalkan kredibiliti Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abdidin atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza di akaun Facebooknya yang bersandarkan kepada akaun Twitter palsu sebagai bukti dirinya mengeluarkan hadis palsu.

Kazim Elias menerusi Facebooknya telah memuat naik ‘printscreen’ yang memaparkan Facebook Dr. Maza telah menggunakan Twitter palsu yang menggunakan nama Ustaz Kazim Elias sebagai bukti dakwaan Kazim mengeluarkan hadis palsu.

Menerusi ‘printscreen’ itu, Dr. Maza menyatakan buat sementara waktu, bagi yang meminta bukti segera, mereka boleh melawati Facebook Ustaz Mohd Kharil Anwar dan Ustaz Kadir Sahak terlebih dahulu memandang dirinya sedang sibuk.




Kazim Elias mempersoalkan bagaimana seorang mufti boleh mengeluarkan bukti bersandarkan kepada akaun Twitter palsu yang menggunakan namanya.

“Apabila kita meminta kemukakan bukti, bawa bukti daripada akaun palsu, apa ini? Main tangkap muat sahaja,” ujarnya.

Asri dalam satu kenyataan sebelum ini menyatakan bahawa beliau akan memberikan bukti berkenaan riwayat palsu yang diminta oleh pendakwah bebas yang terkenal dengan program popular ‘Kalau Dah Jodoh’, Datuk Mohamad Kazim Elias.

Beliau berkata, kes itu sepatutnya berhenti setelah penjelasan berkenaan tujuan surat dalaman rasmi berkenaan.

“Namun, nampaknya tokoh berkenaan (Mohamad Kazim) terus mencabar meminta bukti walaupun bukti-bukti telah diberikan oleh pelbagai pihak.

“Bagi memenuhi hasrat beliau, In Sha Allah FB (Facebook) ini dalam masa terdekat akan memberikan bukti-bukti yang beliau minta itu,” tulisnya dalam Facebook rasmi milik beliau, DrMAZA.com hari ini.

Sebelum ini, sekeping surat rasmi dalaman Jabatan Mufti Perlis kepada pengurusan penganjuran satu forum agama telah tersebar secara meluas di laman Facebook sehingga menimbulkan pertikaian di kalangan pengguna laman sosial itu.

Isi kandungan surat tersebut menyatakan ketidaksetujuan jabatan itu terhadap jemputan seorang ahli panel pada program sempena Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis yang ke-69 sehingga mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.

Surat yang ditandatangani oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abdidin atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza itu menjelaskan pihaknya tidak bersetuju sekiranya penganjur mahu menjemput Datuk Kazim Elias sebagai panel jemputan.

Bagaimanapun, tulis Dr. Maza di dalam surat itu bahawa pihaknya menyambut baik hasrat penganjuran forum tersebut, namun, panel yang diundang itu dianggap terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu. - SuaraTV





0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ