Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Pelajar Maut Bukan Disebabkan Strok Haba – Hospital





SHAH ALAM – Hospital Banting menafikan dakwaan bahawa kematian seorang pelajar tingkatan lima semalam disebabkan strok haba. Berita pelajar tersebut telah menjadi viral di laman sosial mahupun di aplikasi whatsapp.




Pengarahnya Dr Rozita Mohamed berkata kematian pelajar lelaki berusia 17 tahun itu mempunyai kaitan dengan pendarahan dalaman pada bahagian otak.

“Pelajar berkenaan meninggal melibatkan masalah saluran darah pada bahagian otak,” katanya kepada Bernama.

Pelajar itu dilapor meninggal dunia selepas mengadu sakit kepala ketika menjalani latihan bola sepak di sebuah padang awam berhampiran sekolahnya.

Mangsa meninggal dunia sejurus tiba di Klinik Kesihatan Teluk Datuk.

Mayatnya dituntut anggota keluarganya semalam. – BERNAMA


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ