Sampah Bertaburan Selepas Himpunan #KitaLawan

Jalan Dang Wangi menjadi lokasi yang dicemari dengan sampah-sarap peserta himpunan, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN




KUALA LUMPUR - Persimpangan Jalan Dang Wangi dicemari sampah-sarap yang bertaburan di atas jalan raya dipercayai adalah risalah yang dibawa peserta pada perhimpunan tanpa kebenaran #kitalawan di pekarangan pusat beli-belah Sogo, di sini, hari ini.

Tinjauan Sinar Online mendapati risalah berbentuk kertas putih bersaiz A4 itu dipercayai dibuang di merata tempat dan ia agak ketara selepas peserta mula beredar meninggalkan lokasi utama perhimpunan itu.

Cuaca hujan seawal jam 3.50 petang tadi memburukkan keadaan apabila sampah sarap yang ditinggalkan peserta semakin mengotori ibu negara. - Sinar Online


0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ