Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Astagfirullahaladzim!!! Apalah Nasib Pemandu Dalam Kereta Itu???

Astagfirullahaladzim!!! Apalah Nasib Pemandu Dalam Kereta Itu


Allahu Akbar!!! Apalah nasib pemandu dalam kenderaan yang dah lebih separuh ditenggelami air banjir di pahang.

Siapakah manusia gila yang meredah banjir yang berada dalam paras bahaya dan jika tersilap langkah boleh menyebabkan kehilangan nyawa atau bahasa mudahnya membawa maut.

Menurut pemberi maklumat, pemandu kenderaan terbabit adalah Y.B. Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mohamad, Ahli Parlimen Lipis, Pahang.

YB Dato Rahman yang sedang dalam misi bantuan dan menyelamat mangsa banjir di DUN CHEKA, PARLIMEN LIPIS sebenarnya telah dihalang berbuat demikian atas alasan keselamatan namun beliau berkeras mahu turun dan memandu sendiri KENDERAAN JENIS LAND CRUISER (CBN 3) untuk ke lokasi berkenaan.

Astagfirullahaladzim!!! Apalah Nasib Pemandu Dalam Kereta Itu


Memang menakutkan tetapi itulah sebanarnya semangat seorang pemimpin yang sayangkan rakyatnya dan seorag pemimpin yang komited untuk menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawakan kepadanya maka dengan berserah kepada kekuasaan Allah SWT beliau meneruskan hasratnya itu.

Beliau memang sangat dikenali di kalangan penduduk tempatan sebagai YB "Kampung Style" yang boleh dikatakan langsung tidak memerlukan protokol bila mahu berjumpa dengan rakyat.

Beliau juga seorang yang sangat lantang dalam membela nasib Melayu, lantang bersuara dan lantang juga dalam perbuatan dan itu telah dibuktikan dengan keberanian beliau meredah banjir demi memastikan nasib rakyatnya terbela.

Rakyat LIPIS memang bertuah kerana mempunyai pemimpin yang sangat berani dan bertanggungjawab. Pemimpin seperti ini harus dijadikan contoh kepada pemimpin-peminpin baru dalam kepimpinan kerajaan. - Sumber

Syabas Dato!!! ....


5 comments:

bhayanya..huhu

8 December 2013 at 16:26 comment-delete

Semoga beliau selamat.

8 December 2013 at 16:33 comment-delete

Bahaya! Tapi beliau berani...

8 December 2013 at 16:42 comment-delete

sangat hebat sikap ingin menolong YB tersebut, sehingga keselamatan diri sendiri pun tak dihiraukan..hukhuk

semoga dipermudahkan..

8 December 2013 at 20:08 comment-delete

tiada bahaya..sebab semua anggota keselamtan berada di sebelahnya..

Anonymous
8 December 2013 at 21:03 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ