Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Pelakon Yang Paling Banyak Mati Dalam Filem

Masa Ida kecil dulu, Ida ingatkan dorang ni mati betul-betul...eh hari tu dalam cerita tu dia dah mati tapi kenapa masih hidup lagi? Hehehehehe


Dengan rekod kematian sebanyak 25 buah filem, antaranya dibelasah dan ditikam pada sauh dan diletupkan dalam "Patriot Games" (1992), ditanam hidup-hidup dalam "Don't Say a Word" (2001), dan dipancung dalam siri TV "Game of Thrones", Sean Bean merupakan "Raja Kematian" terulung Hollywood di era ini.
Namun para pelakon di bawah ini juga seringkali diberikan watak kematian yang tragis, malah ada di antara mereka memegang rekod lebih banyak berbanding Bean!

Pelakon Yang Pling Banyak Mati Dalam Filem
John Hurt - Alien

John Hurt
Jumlah Kematian: 40 kali
Pelakon British seiras Sir Ian McKellen ini mempunyai rekod kematian dalam filem antara yang terbanyak. Dalam "Alien" (1979), wataknya Kane mati selepas mukanya ditakluki seekor makhluk asing. Sebagai John Merrick dalam "The Elephant Man" (1980), dia meninggal dunia akibat penyakit penghalang pulmonari kronis. Malah sebagai watak animasi The Horned King dalam "The Black Cauldron" juga dia mati akibat kuasa yang tidak berjaya dikawal.

Antara yang lainnya termasuk "The Wild and the Willing" (1962), "Sinful Davey" (1969), "A Man for All Seasons" (1966), "10 Rillington Place" (1971), "The Ghoul" (1975), "East of Elephant Rock" (1977), "Heaven's Gate" (1980), "The Osterman Weekend" (1983), "The Hit" (1984), "After Darkness" (1985), "Jake Speed" (1986), "Spaceballs" (1987), "Aria" (1987), "Little Sweetheart" (1989), "Scandal" (1989), "L'Oeil qui ment" (1993), "Monolith" (1993), "Even Cowgirls Get the Blues" (1993), "Contact" (1997), "The Climb" (1999), "All the Little Animals" (1998), "You're Dead..." (1999), "Lost Souls" (2000), "Hellboy" (2004), "Pride" (2004), "The Proposition" (2005), "V for Vendetta" (2006), "Outlander" (2008), "Boxes" (2007), "Ultramarines: The Movie" (2010), "Tinker Tailor Soldier Spy" (2011).

Wataknya juga meninggal dunia dalam siri televisyen "I", "Claudius" (1976), "Spectre" (1977), "Pride" (2004), "An Englishman in New York" (2009), dan "Whistle and I'll Come To You" (2010).





Pelakon Yang Pling Banyak Mati Dalam Filem
Vincent Price - Theatre of  Blood

Vincent Price
Jumlah Kematian: 33 kali
Mendiang Vincent Price telah melakonkan lebih seratus buah film dalam hidupnya sebelum kematiannya pada tahun 1993, dan dalam 33 buah filem lakonannya, wataknya akhirnya meninggal dunia.

Dalam "The Comedy of Terrors" (1964), wataknya Waldo Trumbull telah diracun dengan racun yang dibuatnya sendiri. Dalam watak kameo sebagai pencipta watak titular "Edward Scissorhands" (1990), dia meninggal dunia akibat serangan jantung. Sebagai pemburu ahli sihir Matthew Hopkins dalam "Witchfinder General" (1968), wataknya dihentak dengan kapak oleh musuhnya dan terpaksa ditembak oleh rakan-rakannya untuk menghapus kesengsaraannya.

Selain itu, Price juga mengalami kematian dalam filem-filem seperti "Tower of London" (1939), "Green Hell" (1940), "Brigham Young" (1940), "The Long Night" (1947), "Rogues' Regiment" (1948), "Dangerous Mission" (1954), "The Mad Magician" (1954), "The Ten Commandments" (1956), "The Bat" (1959), "House of Usher" (1960), "Master of the World" (1961), "Pit and the Pendulum" (1961), "Nefertiti", "Queen of the Nile" (1961), "Tales of Terror" (1962), "Tower of London" (1962), "Diary of a Madman" (1963), "The Haunted Palace" (1963), "Twice-Told Tales" (1963), "The Last Man on Earth" (1964), "The Masque of the Red Death" (1964), "The Tomb of Ligeia" (1965), "More Dead Than Alive" (1968), "Scream and Scream Again" (1970), "Cry of the Banshee" (1970), "Theatre of Blood" (1973), "Scavenger Hunt" (1979), "House of the Long Shadows" (1983), "The Great Mouse Detective" (1986), "From a Whisper to a Scream" (1987), dan "Catchfire" (1990).


Pelakon Yang Pling Banyak Mati Dalam Filem
Mickey Rourke - Iron Man 2

Mickey Rourke
Jumlah Kematian: 19 kali
Bintang dan bekas peninju ini pernah mati sebanyak 19 kali dalam filem. Dalam "Immortals" (2011), Rourke mati sebagai Hyperion yang ditewaskan semi-dewa Theseus. Dalam "Iron Man 2" (2010), wataknya sebagai si antagonis Ivan Ivanko/Whiplash membunuh diri sendiri dengan mengaktifkan mekanisme letupan di sutnya. Tapi kematian terhebatnya adalah dalam "Double Team" (1997), apabila wataknya Stavros terpijak peranti letupan sementara seekor harimau pula sedang menuju ke arahnya!

Antara kematian dalam filem lain termasuk "Rumble Fish" (1983), "A Prayer for the Dying" (1987), "Francesco" (1989), "Johnny Handsome" (1989), "Desperate Hours" (1990), "White Sands" (1992), "The Last Outlaw" (1993), "Fall Time" (1995), "Bullet" (1996), "Picture Claire" (2001), "Spun" (2002), "Once Upon a Time in Mexico" (2003), "Man on Fire" (2004) "Sin City" (2005), "Killshot" (2009) dan "Passion Play" (2010).


Pelakon Yang Pling Banyak Mati Dalam Filem
Robert de Niro -  The Mission

Robert De Niro
Jumlah Kematian: 17 kali
Sekalipun De Niro terkenal dengan filem-filem gangsternya (yang sudah tentu memaparkan banyak kematian), karakter lakonannya lebih banyak mengalami kematian dalam filem-filem genre lain.
Dalam "The Mission" (1986), wataknya sebagai askar upahan Rodrigo Mendoza telah ditembak mati oleh tentera bersekutu Portugis-Sepanyol. Sebagai peminat obses dalam "The Fan" (1996), wataknya Gil ditembak polis ketika cuba menyerang pemain besbol, Bobby Rayburn. Dalam "Cape Fear" (1991) pula, wataknya Max Cady mati selepas digari di bot yang tenggelam ke dalam sungai.

Antara kematian yang lain termasuk filem "Bloody Mama" (1970), "Bang the Drum Slowly" (1973), "Mean Streets" (1973), "1900" (1976), "Brazil" (1985), "This Boy's Life" (1993), "Mary Shelley's Frankenstein" (1994), "Heat" (1995), "Jackie Brown" (1998), "Great Expectations" (1998), "15 Minutes" (2001), "Hide & Seek" (2005), "Machete" (2010) dan "New Year's Eve" (2011).



Pelakon Yang Pling Banyak Mati Dalam Filem
Samuel L. Jackson - Django Unchained

Samuel L. Jackson
Jumlah Kematian: 14 kali
Apalah yang nak dihairankan sangat jika karakter Samuel L. Jackson akan mati dalam filem, bila dia seringkali diberikan watak antagonistik yang hebat?

Dalam "Django Unchained" (2010), wataknya Stephen ditembak di lutut dan dibiarkan di dalam rumah agam Candyland yang kemudiannya diletupkan Django. Sebagai Russell Franklin dalam "Deep Blue Sea" (1990), dia mati diserang ikan jerung. Sementara wataknya sebagai veteran LAPD dari neraka, Abel Turner pula ditembak mati oleh polis selepas cuba membunuh jirannya dalam filem "Lakeview Terrace" (2008).
Antara filem lain termasuk "Goodfellas" (1990), "Jungle Fever" (1991), "True Romance" (1993), "Jackie Brown" (1997), "Hard Eight" (1996), "Kill Bill Volume 2" (2004), "Jurassic Park" (1993), "Star Wars Episode III: Revenge Of The Sith" (2005), "Twisted" (2004), dan "The Other Guys" (2010).


Pelakon Yang Pling Banyak Mati Dalam Filem
Gary Oldman - Harry Potter


Gary Oldman
Jumlah Kematian: 12 kali
Apa persamaan antara Johnny Depp dan Gary Oldman? Kedua-dua mereka pernah meninggal dunia dalam 12 buah filem!

Pelakon British yang hebat ini mati selepas wataknya Sirius Black disumpah Bellatrix Lestrange dalam "Harry Potter and the Order of Phoenix" (2007). Sebagai anggota kumpulan Sex Pistols Sid Vicious yang sememangnya mengalami overdos heroin dalam kehidupan sebenar, begitu juga dengan watak tersebut yang dilakonkan Oldman dalam "Sid and Nancy" (1987). Dalam "Bram Stoker's Dracula" (1992), dia ditikam di jantung dan lehernya dikelar oleh Jonathan Harker dan Van Helsing, dan kepalanya dipenggal oleh Mina selepas kematiannya!

Antara kematian dalam filem lain termasuk "State of Grace" (1990), "The Fifth Element" (1997), "Leon: The Professional" (1994), "Air Force One" (1997), "True Romance" (1993), "Lost in Space" (1993), "JFK" (1991), "Hannibal" (2001) dan "The Book of Eli" (2010).


Pelakon Yang Pling Banyak Mati Dalam Filem
Danny Trejo - Desperado

Danny Trejo
Jumlah Kematian: 12 kali
Danny Trejo amat sinonim dengan watak-watak gangster, jenayah dan antagonis. Jadi tidak hairanlah wataknya mati dalam 12 buah filem.

Sebagai si pembunuh upahan Navajas dalam "Desperado" (1995), dia ditembak oleh konco-konco Bucho selepas membunuh The American dan mencederakan El Mariachi. Sebagai Trejo dalam "Heat" (1995), wataknya meminta McCauley membunuhnya selepas dia cedera teruk dan isterinya terbunuh selepas diserang konco Van Zant. Tapi kematian yang paling kejam berlaku kepada wataknya sebagai Tortuga dalam siri televisyen "Breaking Bad" apabila kepalanya dipenggal oleh pihak kartel dadah dan dilekatkan pada seekor kura-kura yang dipasang bom!

Antara kematian dalam filem lain termasuk "Death Wish 4: The Crackdown" (1987), "From Dusk till Dawn" (1996), "Anaconda" (1997), "Point Blank" (1998), "The Replacement Killers" (1998), "XXX" (2002), "Once Upon a Time in Mexico" (2003), "Halloween" (2007) dan "Predators" (2010). - Sumber


1 comments:

woww..mati teruih la..lagi senang..hahaha

12 December 2013 at 00:32 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ