Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Lindsay Lohan Saman Syarikat Yang Menampilkan Gadis Menyerupai Wajahnya

Lindsay Lohan Saman Syarikat Yang Menampilkan Gadis Menyerupai Wajahnya



Pelakon dan penyanyi kontroversi, Lidsay Lohan dilaporkan telah memfailkan saman terhadap pembuat permainan video Grand Theft Auto 5 (GTA 5), Rockstar Games selepas watak di dalam permainan video terkenal itu dikatakan mirip seperti dia.

Menurut laporan yang dipetik Huffingtonpost, Lidsay dilaporkan sudah menghubungi peguamnya untuk memulakan tindakan perundangan terhadap syarikat permainan terkemuka dan menuntut sejumlah wang sebagai imbuhan kerana menggunakan imejnya di dalam permainan itu.

Antara imej yang dipertikai selebriti berusia 27 tahun itu ialah gambar penghias kulit yang mana turut dikaikan aktres Kate Uptown dan Shelby Welinder.

Selain itu, persamaan lain yang mirip di dalam permainan video itu ialah gadis yang menyerupai wajah Lidsay (berambut Blonde) memohon bantuan untuk melepaskan diri daripada paparazzi di samping sering berada di Hotel Chateu Marmont barat Hollywood di mana lokasi Lindsay bersuka-ria dan berfoya-foya.

Sebelum ini penyanyi kontroversi itu pernah ditahan kerana memandu mabuk dan kalah dalam kes samannya fitnahnya terhadap penyanyi Rapper Pitt Bull berhubung penggunaan namanya dalam lagu "Give Me Everything".

Permainan GTA 5 itu sudah pun berjaya mencatat jualan memberangsangkan dalam tempoh tiga hari pertama iaitu sebanyak AS$1 Billion (RM3.22 billion) yang mana sekaligus merupakan produk permainan paling laris setakat ini dan itu mungkin menjadi alasan untuk Lindsay menyaman syarikat ini.


1 comments:

Wahh.. Sekarang semua main saman2 saja. >.<
Oh, btw.. Smart lah template baru kak ida. Simple dan rasanya sesuai dengan blog kak ida.. :)

10 December 2013 at 00:42 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ