Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Azab 104 Rotan

Kuala Lumpur: “Tangan dan kaki saya diikat, manakala kepala ditundukkan. Tidak lama kemudian sebatan pertama singgah di punggung.

“Ketika itu saya rasa seperti langit terbuka. Azabnya tidak terperi, hanya Allah yang tahu. Saya meraung, menjerit dan baru ingat Tuhan.”

Itu kata seorang bekas banduan yang dikenali sebagai Botak Chop, 53, yang meringkuk dalam penjara selama lebih 26 tahun dan disebat dengan rotan sebanyak 104 kali secara berperingkat bermula 1992 hingga 1998.

Dia yang pernah berkongsi kamar penjara dengan penjenayah kejam Botak Chin tersenarai dalam rekod Jabatan Penjara Malaysia sebagai antara banduan yang paling banyak menerima hukuman sebat.

Akibat 39 kesalahan jenayah samun bersenjata api pada 1973 dan 1974, Botak Chop dijatuhi hukuman penjara keseluruhan selama 196 tahun dan tiga bulan bermula 1974 namun dibebaskan pada tahun 2000 selepas mendapat pengampunan.- hmetro

Badan Botak Chop penuh bertatu



“Semua kisah silam hidupnya sudah dia ceritakan kepada saya. Nampak dia begitu ikhlas, saya terima apa suami seadanya dan tak kisah langsung dengan statusnya sebagai seorang bekas banduan.

“Bagi saya, dia sudah cukup sempurna, apatah lagi dia punya perwatakan yang seakan sama dengan arwah suami saya dulu. Mungkin ini jodoh kami dan saya harap ia berkekalan selama-lamanya,” kata Nor, 54, yang bertemu jodoh dengan Botak Chop, 53, bulan lalu.


Menurut Nor, mereka berkenalan kira-kira tiga bulan lalu selepas sering bertemu di hadapan rumah di Puchong dan ia menjadi titik tolak kepada hubungan yang membawa mereka ke jenjang pelamin.

Katanya, sebagai seorang jiran di hadapan rumah, sudah tentu dia mengetahui sejarah hidup Botak Chop yang dikenali sebagai bekas banduan bagi kes jenayah berat sejak 1973 lagi.


Namun, ia tidak menjadi masalah kerana Botak Chop berjanji untuk hidup bersama berkongsi suka duka sebagai suami isteri, apatah lagi usia mereka sudah berganjak ke pertengahan 50-an.


“Saya memang tidak kisah langsung dia bekas banduan ke, bunuh orang ke, kerana saya tahu dia kini seorang yang baik dan bertanggungjawab. Dia cerita sejarah hidupnya dengan sepenuh hati dan saya terima juga dengan hati yang terbuka.

“Tidak ada langsung keraguan di dalam hati saya ketika dia berjanji mahu sehidup semati. Keluarga termasuk tiga anak saya juga menerima dia dengan baik, malah mereka begitu mesra dengan abang (suami),” katanya ketika ditemui Harian Metro sebaik sah bergelar isteri kepada Botak Chop.


Sementara itu, Botak Chop berkata, dia berdoa agar pernikahan itu adalah yang terakhir di dalam hidupnya selepas pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini.

“Saya benar-benar berhasrat di dalam hati, andainya satu hari nanti saya meninggal dunia, biarlah ada seorang isteri yang boleh membacakan Yasin, dan mendoakan saya. Hari ini saya begitu bahagia dan berharap segala kisah hidup saya yang lalu tinggal kenangan,” katanya yang hidup menduda selama 20 tahun.


Botak Chop berkata, dia ingin memulakan kehidupan barunya bersama isteri serta tiga anak tiri dan melupakan episod hitam hidupnya.


5 comments:

semoga bahagia sampai akhir hayat.

8 December 2013 at 14:04 comment-delete

Semoga Bahagia Selalu :) Aamiin

follow blog balik yaa

Anonymous
8 December 2013 at 14:11 comment-delete

semoga kisah dia mampu dijadikan pengajaran oleh kita semua...

Regards,
-Strider-

8 December 2013 at 14:30 comment-delete

semoga semua salah dan khilaf nya menjadi iktibar untuk kita semua :')

8 December 2013 at 15:15 comment-delete

semoga dijadikan pengajaran :)

8 December 2013 at 20:13 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ