Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Petua Merawat Tumit Pecah

Petua Merawat Tumit Pecah



Kecantikan tidak hanya dipandang pada bahagian atas sehingga boleh melupakan bahagian bawah seperti kaki. Kaki juga merupakan tumpuan utama seseorang. Tumit merekah merupakan masalag yang sentiasa di hadapi oleh kaum wanita. Kadang kala ia berpunca pada kasut yang kita pakai.

Mungkin pada mulanya, tumit pecah tidak menyakitkan. Namun jika dibiarkan begitu lama tanpa di rawat ia mungkin berdarah.

Perkara ini bukan sahaja ditumpukan pada golongan wanita yang berusia sahaja, malah golongan muda juga tidak terkecuali.

Punca-punca yang menyebabkan tumit kaki pecah juga perlu di beri perhatian supaya anda mampu mengelakkan ia daripada terjadi lagi. Antara puncanya termasuk;

• Kulit kering akibat kandungan air tidak mencukupi
• Berat badan yang berlebihan
• Pemakaian kasut yang tidak sesuai atau kerap
• Alahan pada jenis sabun
• Alahan pada simen lantai
• Mengabaikan penjagaan kaki

Di bawah terdapat beberapa petua yang boleh di amalkan untuk merawat masalah ini.


Petua Merawat Tumit Pecah

Petua 1
Masukkan beberapa keping asam keping dalam baldi yang berisi air suam. Rendamkan kaki dalam masa setengah jam. Lakukan sekerap yang boleh sehingga tumit kaki anda kembali pulih.


Petua Merawat Tumit Pecah

Petua 2
Sapukan losyen setiap malam sebelum tidur. Lakukannya setiap hari. Pastikan anda memilih losyen yang bertindak untuk membaiki kulit (skin repair).


Petua Merawat Tumit Pecah

Petua 3
Ambil sebiji betik muda yang berwarna sedikit kekuningan. Potong di bahagian kepalanya dan sapukan getah betik di tumit kaki yang merekah. Jangan risau, kerana getah betik tidak gatal. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga anda nampak hasilnya.


Petua Merawat Tumit Pecah

Petua 4
Selain betik, anda boleh menggunakan belimbing buluh juga. Dengan cara menggosok tumit kaki pada buah itu. Waktu terbaik untuk anda mengamalkan petua ini adalah selepas anda pulang dari kerja.


Petua Merawat Tumit Pecah

Petua 5
Rendamkan kaki anda dengan air suam, kemudia ambil bawang putih dan gosok pada bahagian tumit yang merekah sehingga tumit halus seperti dahulu.


Petua Merawat Tumit Pecah

Petua 6
Kita tidak tahu jika kita mempunyai alahan pada simen rumah. Jika anda seorang surirumah, pastikan memakai selipar walaupun ketika didalm rumah. Pastikan selipar anda itu selamat di gunakan di atas permukaan lantai.


Petua Merawat Tumit Pecah

Petua 7
Ketika anda mandi, sapukan ubat gigi pada bahagian tumit kaki dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Lakukannya setiap kali anda mandi dan lihat hasilnya.

Selamat mencuba!



3 comments:

yang guna ubat gigi tu tak pernah dengar pulak.. hehehe

13 December 2013 at 18:15 comment-delete

owh petua guna bahan2 tradisional bkan sahaja bagus..mlas slamat bebas drpda toksik ..

13 December 2013 at 18:59 comment-delete

ada juga terbaca petua ni...guna barang2 yang ada di sekeliling kita lagi senang kan..guna chemical product ni kadang2 ada juga kesan lain...

14 December 2013 at 09:36 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ