Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Gambar Majlis Pernikahan Rozita Che Wan Dan Zain Saidin

Selepas majlis pernikahan pereka fesyen terkenal petang tadi, peminat dunia hiburan hari ini terus dihidangkan dengan majlis pernikahan berprofil tinggi dan kali ini melibatkan pasangan sensasi Rozita Che Wan dan Zain Saidin.

Mengambil tempat di Setia City Convention Centre, Shah Alam pasangan ini telah di’ijabkabulkan selepas beberapa tahun menyulam cinta sesama mereka dan menjadi tumpuan para peminat sepanjang hubungan mereka terjalin.

Rozita Che Wan & Zain Saidin telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dan pasangan ini dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Alwi Parman. Rozita diwalikan oleh adiknya Roshidi Che Wan.

Rozita Che Wan menerima sebanyak sembilan peti hantaran termasuklah cek wang hantaran RM23,200, mas kahwin RM9,300 serta cincin nikah bernilai RM93,000


Gambar Majlis Pernikahan Rozita Che Wan Dan Zain Saidin
























5 comments:

alhamdulilah tahniah

11 December 2013 at 23:31 comment-delete

Tahniah buat mereka :)

12 December 2013 at 01:55 comment-delete

wahhh belog kak ida dah kemas laa -.-' apa pun, tahniah che ta!! hehe ^^

12 December 2013 at 07:42 comment-delete

tudia gilang gemilang. cincin pon mahai..

12 December 2013 at 09:45 comment-delete

wahhhh cantik sangat aishhh..
tak tahu nak comment apa, nak cakap cantik je sebab memang cantik sangat3!!

12 December 2013 at 21:14 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ