Aset RM56 juta Taib Mahmud bakal dibekukan?

Aset RM56 juta Taib Mahmud bakal dibeku?


Kumpulan pendesak yang berpangkalan di Switzerland, Bruno Manser Fund, menggesa pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Malaysia supaya membekukan AS$16.94 juta (RM56.32 juta) yang dipercayainya dana haram yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sarawak yang akan bersara, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Ia mendakwa AS$16.94 juta itu adalah hasil daripada jualan sebuah bangunan di San Fransisco pada tahun 2012 oleh syarikat Sakti International Corporation, yang didakwanya separuh dimiliki oleh Taib dan ini melanggar perlembagaan Sarawak.

Perlembagaan negeri itu melarang ketua menteri daripada melibatkan diri secara aktif dalam entiti komersial.
Ia mendakwa bahawa penjualan Sakti itu merupakan satu contoh jelas pengubahan wang haram.

"Seorang ahli politik asing yang bertindak dengan cara yang menyalahi undang-undang dan perlembagaan tidak harus dibenarkan untuk beroperasi secara bebas di Amerika Syarikat," katanya.

Oleh itu, katanya, pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Malaysia perlu bertindak dengan tegas dan merampas semua aset Taib yang tidak dapat dijelaskan asal-usulnya.

Menurut BMF, dokumen didedahkan oleh pemberi maklumat Ross Boyert (kiri) pada 2010 menunjukkan bahawa 50 peratus daripada saham Sakti itu dipegang sebagai amanah bagi pihak Taib oleh saudaranya dan anak-anaknya.

Boyert telah menguruskan hartanah keluarga Taib di Amerika Syarikat selama 12 tahun sehingga dia dipecat. Beliau memfailkan saman terhadap Sakti pada tahun 2007 berkaitan pemecatannya itu.
Bagaimanapun, Boyert ditemui mati di sebuah bilik hotel di Los Angeles pada 2010, selepas dokumen itu bocor.

Menurut satu artikel dalam The Registry, sebuah portal berita yang memfokus kepada kawasan industri hartanah di San Fransisco Bay, sebuah bangunan bersejarah 11 tingkat serta penthouse di 260 California St, telah dijual pada bulan Julai 2012 pada harga AS$16.94 juta.

Ia berkata Sakti, satu unit hartanah dan firma pelaburan Sakto Corporation of Ottawa, Kanada, adalah penjual. Sakti juga menggunakan penthouse itu sebagai pejabatnya, tetapi berpindah selepas ia dijual.
Sakto diasaskan oleh anak perempuan Taib - Jamilah. Taib sebelum ini berkata kekayaan anak perempuannya itu adalah hasil perniagaannya sendiri.

Malaysiakini telah menghubungi Pejabat Ketua Menteri Sarawak untuk mendapatkan respons terhadap dakwaan Bruno Manser Fund itu. - Sumber


2 comments:

macam-macam pula menteri kita ni..

14 February 2014 at 21:46 comment-delete

memang patut kalau dibekukan.
rakyat hidup susah, ketua bersenang lenang.
erkkk... mampuslah aku kalau komen ni dibaca oleh mereka..

15 February 2014 at 16:52 comment-delete

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ