Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Wanita Dibelasah Hingga Koma Kerana Pinjam RM50

Wanita Dibelasah Hingga Koma Kerana Pinjam RM50


Kota Bharu: Gara-gara meminjam wang RM50 daripada ibu, seorang wanita berusia 32 tahun menjadi mangsa amukan bapa tirinya selepas dibelasah hingga koma selain patah tangan kanan dalam kejadian di Kampung Beris Lalang, Bachok, kelmarin. Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa, Siti Rohana Mohamad, 32, dipercayai dipukul menggunakan kayu sebelum dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dekat sini, bagi mendapatkan rawatan.

Suami mangsa, Suzaini Sidik, 35, berkata, isteri ke rumah ibunya di kawasan berhampiran rumah mereka untuk menghantar basikal. Saya tidak sangka bapa tiri sanggup memukul anaknya itu hanya disebabkan isteri saya meminjam RM50 dari ibunya, sedangkan Siti Rohana berjanji akan membayar semula,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.


3 comments:

ziarah hujung minggu kak Ida.

15 February 2014 at 16:22 comment-delete

barannya bapak tiri dia..

15 February 2014 at 16:46 comment-delete

barua sial punya laki macam nie bodo, pasal anak tiri pinjam duit ka atau tak bagi benda lain nie?

15 February 2014 at 21:19 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ