Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Irfan akhirnya hantar surat mahu tinggalkan T-Team




KUALA LUMPUR - Selepas 'hilang' selama beberapa hari dan gagal dihubungi oleh pasukan T-Team, Mohd. Irfan Abdul Ghani akhirnya menghantar surat untuk memaklumkan mengenai hasratnya mahu meninggalkan kelab dari Terengganu itu.

Menurut Facebook rasmi T-Team FC, Irfan telah menghantar surat tersebut selaku pemain kepada pihak pengurusan pada sebelah petang semalam.

Namun, tidak pula dinyatakan kaedah apakah yang digunakan pemain terbabit ketika menghantar surat tersebut.

Surat itu dihantar hanya sehari selepas pengurusan T-Team mengumumkan sedang menimbangkan untuk menggantung pemain itu, termasuk tidak membayar gajinya gara-gara gagal melaporkan diri.

Irfan menimbulkan kontroversi apabila membuat pengakuan menentang majikannya, T-Team dengan mendakwa tiada pemain pasukan itu yang dipukul dalam terowong ketika insiden panas melibatkan T-Team dan Johor Darul Ta'zim (JDT) berlaku pada pusingan kedua Piala FA, minggu lalu. (boleh klik sini - video pendedahan berani Irfan)

Irfan, pemain pertahanan yang pernah beraksi untuk JDT musim lepas pulang ke Johor Bahru atas alasan ibunya kemalangan tetapi tampil membuat sidang akhbar.

Semenjak detik itu, dia mendiamkan diri tanpa memberitahu sebarang perkembangan kepada pasukan T-Team. - Utusan






0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ