Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Coli Terbuka Bila Bertemu Cinta Sejati

Coli Terbuka Bila Bertemu Cinta Sejati


Zaman sekarang ini pelbagi benda-benda pelik dicipta dan salah satunya adalah sejenis coli yang diberi nama "True Love Tester" telah dicipta oleh seorang warga Jepun.

Fungsi coli ini adalah ia hanya terbuka apabila seseorang wanita tersebut bertemu dengan cinta sejatinya.

Ini kerana satu sensor dipasang untuk memantau denyutan nadi si pemakai untuk memastikan tali coli dibahagian depan dikunci kecuali 'adrenalin cinta' dikesan dan coli akan terbuka secara automatik.

Menurut pengeluar pakaian dalam Ravijour di Jepun, apabila seseorang wanita teruja adrenal (kelenjar) sumsum belakang merembeskan catechilamine yang memberi kesan kepada saraf secara automatik, dan merangsang kadar jantung.
Coli Terbuka Bila Bertemu Cinta Sejati

Coli Terbuka Bila Bertemu Cinta Sejati


Sensor akan membaca kadar jantung wanita dan menghantarnya ke aplikasi khas melalui Bluetooth untuk dianalisis, di mana aplikasi tersebut akan mengira 'Kadar Cinta Sejati' berdasarkan perubahan kadar jantung dari semasa ke semasa. Apabila melebihi nilai tertentu, cangkuk coli dibuka.

Bagaimanapun, coli ini tidak akan dijual di pasaran, sebaliknya ia dijadikan sebagai hadiah utama pertandingan yang diadakan untuk meraikan ulang tahun ke-10 Ravijour, bagi pelanggan yang membelanjakan sebanyak RM150 atau lebih.

Coli Terbuka Bila Bertemu Cinta Sejati

Coli Terbuka Bila Bertemu Cinta Sejati

Coli Terbuka Bila Bertemu Cinta Sejati


Coli Terbuka Bila Bertemu Cinta Sejati

Coli Terbuka Bila Bertemu Cinta Sejati

Coli Terbuka Bila Bertemu Cinta Sejati






3 comments:

huhu..lawak pulakk :p

10 February 2014 at 16:28 comment-delete

jepun. ciptaan sentiasa terlajak inovasi dan kreatif ..kah..kah

10 February 2014 at 17:07 comment-delete

ntah apa2la..huhu

11 February 2014 at 09:10 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ