Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Khasiat daun inai yang perlu anda tahu

Khasiat daun inai yang perlu anda tahu


Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis adalah sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutamanya bahagian daunnya. Pokok inai yang mempunyai banyak ranting ini mendapat namanya daripada perkataan Arab 'Hina' yang bermaksud ubat.

Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik.

Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya. Selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk.

Inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit.

Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.

Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang. Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.

Air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu-tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan.

Malah, penyakit-penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.

Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis atau lebih dikenali sebagai sakit kuning yang selalu dihadapi oleh bayi-bayi yang baru lahir dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada. - Sumber 


5 comments:

salam terjah dari OH Ping Blog..
kihkih

13 February 2014 at 15:16 comment-delete

good sharing..

13 February 2014 at 15:46 comment-delete

Best sharing..akak rajin juga pakai inai..hehe..

13 February 2014 at 21:50 comment-delete

dah lama akak tak pakai inai.. masa kat kampung dulu selalu sibuk mencari pokok inai..

14 February 2014 at 21:52 comment-delete

Owhh, baru tau.... selama ni pakai utk cantikkan kuku je.......;-)

15 February 2014 at 11:49 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ