Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Cemas… Bomba Selamatkan Gadis Dari Rentung Terbakar

Bomba Selamatkan Gadis Dari Rentung Terbakar



Jam 3.08 petang semalam, Pusat Gerakan Operasi Bomba KL menerima laporan kebakaran di Kondominium Palm Villa, Taman Maluri, Cheras.

Pasukan bomba yang berkejar ke lokasi mendapati berlaku kebakaran dengan asap tebal menyelubungi tingkat 8 kondo berkenaan.

Bomba Selamatkan Gadis Dari Rentung Terbakar


Situasi cemas turut dikesan iaitu seorang wanita terperangkap di luar tingkap. Operasi menyelamat dan memadam kebakaran segera dilaksanakan.

Wanita yang nyaris menjadi mangsa kebakaran dikenalpasti sebagai warganegara asing dari China berusia 29 tahun.


Berdasarkan gambar, seluruh tubuh wanita tersebut sudah berjelaga. Mujurlah dia cepat diselamatkan kerana dalam kebanyakan kes kebakaran, punca kematian disebabkan oleh kesukaran bernafas disebabkan asap tebal.

Kebakaran yang dipadamkan sepenuhnya pada 3.37 petang itu dipercayai berpunca daripada pendingin hawa.

Tahniah kami ucapkan kepada Jabatan Bomba atas kecekapan mereka memadam kebakaran dan menyelamatkan nyawa. #mynewshub

Bomba Selamatkan Gadis Dari Rentung Terbakar



0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ