Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Kaki Remaja Dirantai Kakak Sendiri Selama Empat Tahun




Rantau Panjang: Orang ramai pasti mencemuh dan menganggap saya kejam kerana sanggup merantai kaki adik sendiri, namun saya tiada pilihan demi keselamatannya,” kata Rohani Abdul Rahman, 30, mengenai keadaan adik bongsunya, Muhamad Saiful Riduan, 19. Muhamad Saiful yang mengalami masalah sindrom Down terpaksa dirantai oleh keluarga di rumahnya di Kampung Kuin Merah, di sini, sejak empat tahun lalu, bagi mengelak dia keluar rumah dan membahayakan nyawa sendiri.

Menurut Rohani, adiknya sebelum itu pernah beberapa kali keluar dari semak sebaik melihat lori atau treler di jalan raya sebelum merebahkan dirinya di atas jalan.

Katanya, keadaan itu amat merisaukannya sebelum dia mengambil keputusan berbuat demikian ke atas adiknya itu.

Sebab itu saya mengambil tindakan begini, bukan kerana mahu mendera atau benci. Dia tetap dilayan seperti biasa kerana tidak pandai menguruskan diri,” katanya yang mengambil alih tugas arwah ibunya Rohmah Mat yang meninggal dunia hampir 10 tahun lalu.

Tinjauan semalam mendapati remaja terbabit ditempatkan di atas sebuah pangkin di depan rumah dengan kaki kanannya dirantai.

Terdahulu, keluarga itu menerima kunjungan daripada Ketua Puteri UMNO Rantau Panjang Marie Suriani Abdullah.

Marie Suriani berkata pihaknya bersedia untuk membantu keluarga terbabit termasuk membantunya menjalani kehidupan seperti insan lain.

Kita bersedia membantu sekiranya jika perlu dirujuk ke bahagian psikiatrik dan menjalani rawatan,” katanya. - mymetro


1 comments:

rantai untk kebaikan xper..

18 June 2014 at 13:50 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ