Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



PENAFIAN ISU VAN PUTIH CULIK KANAK-KANAK OLEH PDRM


PENAFIAN ISU VAN PUTIH CULIK KANAK-KANAK OLEH PDRM


PENAFIAN ISU VAN PUTIH CULIK KANAK-KANAK

KUALA LUMPUR - 20 Jun: Penyebaran maklumat melalui media-media sosial yang mendakwa bahawa terdapat van putih yang menggunakan plat negara jiran sedang berkeliaran dan akan menculik kanak-kanak sebagai mangsa organ di kawasan Selangor terutamanya daerah Sabak Bernam pada masa ini adalah TIDAK BENAR dan PALSU semata-mata.

Polis Selangor dengan ini MENAFIKAN sekeras-kerasnya penyebaran maklumat tersebut dan maklumat tersebut cuba menimbulkan kegusaran kepada masyarakat. Walau bagaimanapun pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai penyebaran maklumat tersebut.

Melalui laman Facebooknya, Polis Selangor menegaskan maklumat yang tersebar luas dalam media sosial itu sama sekali tidak benar dan palsu semata-mata.

Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai dinasihat tidak mempercayai khabar angin itu yang dikatakan cuba menimbulkan kegusaran kepada masyarakat setempat.

Penafian Polis Selangor itu turut dikongsi Polis Diraja Malaysia melalui laman Facebooknya.


PENAFIAN ISU VAN PUTIH CULIK KANAK-KANAK OLEH PDRM




0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ