Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Fahrin Akui Dirisik Ramai Ibu-Ibu Untuk Dijadikan Menantu Mereka

Fahrin Akui Dirisik Ramai Ibu-Ibu Untuk Dijadikan Menantu Mereka


Pelakon Fahrin Ahmad boleh digelar sebagai Hot Eligible Bachelor apabila mengakui dirinya banyak kali pernah dirisik oleh para ibu untuk menjadikannya sebagai menantu mereka.

Sebelum ini pelakon berusia 35 tahun ini pernah dikaitkan bercinta dengan Scha Al-Yahya, Linda Onn dan produser Global Station, Zetty Adila.

Ketiga-tiga wanita yang pernah dikaitkan dengannya pun sudah selamat bergelar isteri orang menyebabkan ramai peminat di luar sana mahu melihat Fahrin cepat bertemu jodoh dengan gadis pilihannya.

Mengulas mengenai isu dirisik, Fahrin menerusi hlive! berkata, “mereka tahu saya single lagi. Memang saya mengaku ada ramai yang datang untuk melamar saya jadi menantu. Bukan sekali, malah banyak kali. Tapi saya hanya menganggap itu sebagai doa untuk saya berumah tangga.

“Buat masa sekarang kalau Tuhan takdirkan saya sesibuk ini, akan jadi masalah pada jodoh atau bakal jodoh saya sebab saya tidak dapat memberi fokus pada hubungan itu,” katanya.

Buat masa ini, Fahrin mengakui lebih gemar menghabiskan masa terluangnya dengan mengunjungi gimnasium atau bermain bola sepak dengan rakan-rakan baiknya. – MYNEWSHUB.MY


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ