Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Biodata Tengku Mahkota Johor Dan Cik Khaleeda Binti Bustaman


Tunku Ismail adalah putera sulung kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Bharu, Tunku Ismail merupakan putera sulung daripada enam adik-beradik.

Tunku Ismail dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 28 Januari 2010 dan dilantik sebagai Raja Muda Johor ketika ulang tahun keputeraan nenda baginda, Almarhum Sultan Iskandar pada 8 April 2006.

Tunku Ismail memulakan persekolahan di Sekolah Sri Utama Johor Bharu dan Sekolah Kebangsaan Kebangsaan St. Joseph, Johor Baharu sebelum meneruskan pengajian di Australian International School, Singapura dan Hale School, Perth, Australia, mulai tahun 1999 hingga 2002.

Untuk tujuan pendidikan dan disiplin yang tinggi setaraf dengan bakal raja, Tunku Ismail dihantar menjalani latihan ketenteraan dan pelajaran sebagai pegawai kadet di akademi tentera terulung, Indian Military Academy (IMA), Dehradun, India, mulai Julai 2003.

Tunku Ismail dikurniakan pangkat Leftenan selepas tamat latihan pada 11 Disember 2004 dan diserapkan ke dalam Angkatan Tentera India yang bertugas sebagai pegawai dalam Rejimen 61 Cavalry, Jaipur, India.






Jom kita ikuti biodata bakal isteri TMJ ini di bawah

Nama Penuh: Cik Khaleeda Binti Bustaman

Umur: 22

Asal: Taman Sri Gombak, Selangor

Pekerjaan: Masih menuntut di sebuah Universiti

Status: Rakyat biasa

Pekerjaan Ibu Cik Khaleeda: Bekas Penjawat Awam Kuala Lumpur


Apapun, Cik Khaleeda ni memang cantik orangnya dan sepadan dengan Tunku Ismail.Doakan semoga majlis perkhawinan mereka akan berjalan dengan lancar nanti ;)










0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ