Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Video Mirip Pendakwah Terkenal Tersebar - Pihak Manakah Yang UNTUNG Dan RUGI??




Video mirip pendakwah tersebar ...

Sedang tersebar di media sosial sekarang ialah video yang menunjukkan seorang lelaki dan seorang wanita sedang memadu asmara.

Saya percaya dalam masa beberapa minit sahaja ratusan ribu kalaupun bukan jutaan salinan video tersebut tiba di tangan rakyat Malaysia.

Berbeza dengan video yang dikatakan skandal pemimpin politik sebelum ini yang agak kabur, video yang memaparkan pelaku berwajah mirip pendakwah tersohor itu begitu jelas dan dari sudut yang amat molek.

Persoalan pertama dalam kepala saya ialah pihak manakah yang UNTUNG dengan video tersebut dan pihak mana pula yang RUGI?

Saya rasa jika kita memikirkan persoalan yang saya kemukakan ini kita akan dapat menghindari daripada terjebak dalam permainan iblis dan syaitan.

Adakah UMNO sedang terdesak sekarang sehingga terpaksa menyebarkan video tersebut? Adakah PAS mempunyai motif untuk mengaut keuntungan dari isu ini?

Saya tidak sebut parti utama lain kerana hanya UMNO dan PAS sahaja parti orang Islam. Perlu diingat, video ini melibatkan seorang pendakwah Islam yang sangat terkenal dan amat berpengaruh.

Saya tinggalkan pada anda persoalan yang perlu direnung:

Pihak manakah yang UNTUNG dengan video tersebut dan pihak mana pula yang RUGI?

Barangkali dari situ kita akan dapat jawapannya.

Apapun yang paling baik ialah jangan sebarkan dan jangan terlibat sama sekali....


Dipetik dari:  Midi Amott II Facebook


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ