Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



PENGANJUR PROGRAM SENTUH ANJING MINTA MAAF




PETALING JAYA: Penganjur program “I Want To Touch A Dog” hari ini memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak atas penganjuran program sentuh anjing yang diadakan Ahad lalu sehingga mencetuskan rasa kurang senang orang Islam.

Permohonan maaf itu dibuat penganjur program berkenaan, Syed Azmi Alhabsi dalam sidang media di sini, sebentar tadi.

Aktivis sosial itu yang diiringi peguamnya hanya membacakan kenyataan sebelum bergegas meninggalkan sidang akhbar itu.

Peguam beliau, Syahredzuan Johan menjelaskan Syed Azmi perlu meninggalkan bilik sidang media itu atas faktor keselamatan.

Terdahulu ketika membacakan kenyataan itu, Syed mengakui program berkenaan mempunyai kelemahan dan penganjurannya sama sekali tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak, memesongkan akidah, menukar hukum agama serta menggalakkan liberalisme.

Sebaik Syed Azmi meninggalkan sidang media itu, seorang lagi rakan penganjur, Norhayati Ismail berkata pihaknya tidak pernah setuju apatah lagi menggalakkan peserta beragama Islam untuk sengaja memegang anjing tanpa sebab.

Beliau juga mengakui kehadiran peserta yang begitu ramai menyebabkan tindakan mereka sukar dikawal serta memaklumkan hanya mengetahui gelagat wanita Islam memegang dan memeluk anjing menerusi laman sosial dan media.

“Saya sendiri tidak nampak tindakan memegang anjing itu. Jadi saya tidak boleh komen. Kami hanya tahu dari media dan laman sosial,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menemui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 6 November ini bagi memberi penjelasan sebenar berhubung penganjuran program terbabit.

“Kita juga sudah temui MAIS (Majlis Agama Islam Selangor) dan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) bagi menjelaskan perkara berbangkit berkenaan program I Want To Touch A Dog itu.

“Kami akui kelemahan dan minta maaf. Kami tidak pernah galakkan orang Islam untuk pegang anjing tanpa sebab,” katanya.

Sementara itu, Syahredzuan berkata satu laporan polis sudah dibuat Rabu lalu berhubung pelbagai ancaman, termasuk ugutan bunuh yang diterima Syed Azmi.

Beliau berkata pihaknya juga sudah melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan ancaman berkenaan dan meminta supaya tohmahan dan ugutan menerusi media sosial dihentikan.






0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ