Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



SELEPAS OKTOBERFEST, BELAI ANJING, KINI HUKUMAN MEREKA TIDAK BERSOLAT JUMAAT PULA DISERANG!!!





SELEPAS CUBAAN PERKECILKAN KUASA SULTAN, OKTOBERFEST, BELAI ANJING, KINI HUKUMAN MEREKA TIDAK BERSOLAT JUMAAT PULA DISERANG!!!

Sedikit demi sedikit, perjuangan liberalisme dan keterbukaan berjaya mempengaruhi sedikit sebanyak rakyat Malaysia. Menyedihkan mereka seolah semakin berani menyentuh apa sahaja asalkan matlamat mereka tercapai.

Sudahlah mereka ini yang mendesak untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri, maka kononnya untuk bertolak ansur demi keterbukaan maka, kita bersedia dan telah menghapuskan Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA).

Tidak lama selepas itu, kini satu-satu nya undang-undang yang ada bagi menghalang puak-puak pelampau iaitu Akta Hasutan pula mula didesak untuk dihapuskan. Tidak memeranjatkan juga jika tidak dihalang ia sekali lagi akan dihapuskan. Maka tiada lagi banteng bagi mengekang semua ini. Semua nya atas dasar keterbukaan dan kebebasan.





Kita seolah dianggap kuno jika masih mengekalkan undang-undang yang ada. Kini Kerajaan Negeri Kelantan telah menguatkuasakan hukuman penjara bagi lelaki Islam yang gagal menunaikan solat Jumaat. Keputusan tersebut segera menarik perhatian seorang peguam yang kuat menyokong DAP dan PKR lantas dengan menggunakan otak pembelitnya, dia cuba menimbulkan keraguan bahawa seseorang yang sakit dan mempunyai surat cuti sakit daripada hospital dan klinik pasti akan menjadi mangsa penganiayaan.

Tetapi tidak ramai yang tahu Kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat secara berturut-turut di bawah Seksten 104 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 itu sudah ada dalam Enakmen sejak dahulu lagi. Selain Kelantan, negeri berikut juga memperuntukkan undang-undang yang selari:


  • Johor: Seksyen 14, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 .
  • Melaka: Seksyen 46, Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.
  • Negeri Sembilan: Seksyen 113, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992.
  • Pulau Pinang: Seksyen 14, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996.
  • Perak: Seksyen 23, Enakmen Jenayah (Syariah) 1992.
  • Perlis: Seksyen 27, Enakmen Jenayah dalam Syarak 1991.
  • Sabah: Seksyen 48, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995.
  • Selangor: Seksyen 20, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
  • Terengganu: Seksyen 16, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.
  • Wilayah Persekutuan: Seksyen 14, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Pesekutuan) 1997.


Cara sesetengah berita ditulis, adalah sepertinya hanya Kelantan yang memiliki undang-undang sebegini dan ia baru dibuat, Walhal dalam Islam, ada keringanan dan keharusan yang diberikan melibatkan banyak faktor. Peguam DAP tersebut cuba menjadikan dan menimbulkan persepsi bahawa Islam adalah agama kuno yang sangat jumud, manakala penganut-penganut Islam pula semuanya bodoh-bodoh belaka. Penganut Islam yang menjalankan tatacara dan kod etika Islam, lebih cenderung untuk menzalimi rakyat kerana Islam adalah agama kejam seolah tiada kerja lain selain menangkap orang tidak sembahyang Jumaat.

Itu yang sedang berlaku di Malaysia pada masa ini.




0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ