Kisah Anak Muda Miliki Lebih 30 Hartanah TEMPELAK Orang MERUNGUT Harga Minyak NAIK 20 Sen






KOMPLEN HARGA MINYAK NAIK?

Hari ni kat FB wall saya, nampak ramai yang menyumpah dan komplen kerana harga minyak naik. Rasa agak aneh bila membaca komplen2 sedangkan ramai orang yang komplen ni:

1. Tak pula komplen bila bayar kopi RM10 ke atas

2. Tak pula komplen bila lunch atau dinner hari-hari lebih RM20

3. Tak pula komplen bila tukar smart-fon 4-angka setiap 6-12 bulan, walhal smart-fon lama masih boleh diguna pakai.

4. Tak pulak komplen bila beli kereta/MPV/moto yang bayaran bulanan 4-angka ke-atas. Satu rumah boleh siap ada beberapa bijik kereta lagi.

5. Tak pula komplen bila setiap bulan shopping beli pakaian baru.

6. Tak pula komplen bila rokok giler mahal but hari-hari mau isap jugak.

7. Tak pula komplen bila bayar astro + internet lebih RM250 sebulan.

8. Tak pula komplen bila habis beribu tiap tahun untuk bercuti.

Pelik kan?

Sebenarnya, saya sendiri rasa macam nak komplen jugak, but bila pikirkan yang banyak benda kat atas ni saya dah selalu buat, segan pulak saya nak komplen. Saya sendiri yang nak pakai motor and kereta yang elok, yang makan minyak lebih. Kawan2 saya yang naik moto atau kancil tak heran pun harga minyak naik RM0.20 sbb diorang tak pakai minyak banyak.

Jadi, saya tak layak nak komplen ni sebab saya sendiri yang nak pakai yang kereta / motor ada lebih dari 1. Saya boleh pakai Kancil, MyVi atau skuter(yang jimat minyaknya), tapi saya sendiri yang nak pakai kereta dan motor yang elok. Saya bukan org berada sangat pun tapi kalau saya start komplen pasal minyak naik RM0.20, itu tanda saya sebenarnya tak mampu nak pakai kenderaan yang saya beli tu........

So bila difikirkan, baik saya diam-diam dan usaha lebih sikit. Saya komplen banyak2 pun bukan dapat pahala atau duit. Lagipun saya takut rezeki sempit kalau komplen byk-byk. Yang penting saya usaha, rezeki tu kententuan dari Allah S.W.T.

In fact saya tak mampu nak pakai kereta sehinggalah saya dah beli rumah yang ke-13 ketika umur 28 tahun. Naik moto je sebelum tu. Cepat dan murah. Alhamdulillah rezeki saya murah dalam pelaburan hartanah, jadi kereta dan minyak saya sekarang semuanya "free" sebab penyewa tolong bayarkan.

Kesimpulanya, saya bukan nak suruh anda semua menyokong kenaikan harga minyak. Cuma nak galakkan kita lebihkan usaha, dan kurangkan pengaduan. Saya minta maaf awal-awal kalau perkongsian ini menyinggung mana2 pihak, terutama mereka yang memakai kereta mahal-mahal tetapi masih komplen minyak naik RM0.20.






SEBAB HARGA MINYAK NAIK, FAIZUL RIDZUAN CUBA BERLAGAK DAN RIAK?

Semalam, saya buat posting mengenai kenaikan harga minyak dan mereka yang komplen. Ada yang suka, ada yang mengata. Ada segelintir saya kata saya riak, bodoh, pentingkan diri sendiri, saya ni kroni la dan macam macam lagi. Saya bagi contoh sendiri di mana saya sengaja tak beli kereta sehingga rumah saya dah beli lebih dari 10, dan saya dituduh cuba riak dan takbur.

Saya nak berterima kasih kepada yang komen secara elok walaupun anda marah atau tak suka dgn pendapat saya. Seperti yang saya dah jelaskan dalam post saya, ini adalah pendapat dan saranan saya kepada org yang mampu buat satu daripada 8 perkara di atas. Kalau anda tak buat satu pun dari perkara di atas dan masih kena teruk impak kenaikan harga minyak, saya mmg sangat bersimpati dgn anda.......

Tapi saya rasa hairan ialah banyak rumah skrg minimum ada 2 kereta. Kita komplen harga kereta mahal dan harga minyak mahal di Malaysia tetapi tiap tiap tahun makin ramai org beli kereta baru. Jem semakin lama semakin teruk. Saya sampai skrg masih menggunakan motor terutamanya kalau hari bekerja, sebab tak tahan nak sangkut dalam jem. Cepat dan murah. Saya buat PILIHAN untuk naik motor.

Saya tak pernah nafikan disebabkan kenaikan harga minyak ni, byk benda lain yang akan naik harga barang tetapi itu adalah keputusan peniaga yang buat bisnes, bukan saya ataupun kerajaan. Pada pendapat saya peniaga tiada alasan untuk menaikkan harga barang kali ini but saya personally kalau nampak peniaga yang naikkan harga sbb melampau, saya akan boikot. Itu hak saya sebagai pengguna dan ini perkara yang saya boleh dan mampu kawal.

Saya tak boleh kawal apa kerajaan nak buat, atau harga apa peniaga nak letak, tapi saya boleh kawal di mana saya nk belanja duit saya. Saya boleh kawal dimana saya nak laburkan duit saya. Jadi saya lebih suka fokus kepada benda yang saya boleh dan mampu nak kawal. Anda pun ada pilihan. Anda boleh baca post ni dan pilih apa anda nak buat seterusnya :

1. Komplen sepanjang hari, dan teruskan tuduh saya riak atau cuba berlagak. Dan teruskan buat benda yang sama macam anda dah buat selama ini. Dan bila kerajaan buang lagi subsidi tahun depan anda boleh ulang lagi process ini walaupun anda tahu komplen ni tak berkesan dan ia tak mampu nak ubah hidup anda.

2. Ambil iktibar, dan mula belajar cara nak melabur dan tambahkan pendapatan & simpanan. Fokus kepada perkara yang kita boleh nak kawal, terutamanya bahagian perbelanjaan dan pelaburan. Gunakan asset pelaburan kita untuk jana pendapatan supaya kita boleh dapat kereta dan duit minyak PERCUMA. Ubah nasib sendiri supaya bila kerajaan kurangkan subsidi minyak nanti, kita sikit pun tak heran sbb pendapatan kita dah bertambah jauh lebih banyak dari harga minyak atau barang baru. Pendek kata, guna asset untuk bagi kita liabiliti secara percuma.

Saya doakan anda buat pilihan yang terbaik untuk diri anda dan keluarga anda sendiri ^^





FAIZUL RIDZUAN ORANG KAYA YANG TAK PERNAH SUSAH? MINYAK RM0.20 dan GAJI GRADUATE RM2500 SEBULAN TAK CUKUP? :

Baru-baru ni saya memberikan pandangan saya berkenaan kenaikan harga minyak dan kenapa kita tak patut komplen terutamanya jika kita ada pembaziran dalam perkara lain. Ada yang suka dengan pendapat saya, ada yang benci dan berpendapat yang saya ni lupa diri sbb saya ni orang senang yang tak memahami kehidupan orang lain yang susah. Jadi saya nak kongsikan sedikit kisah hidup saya yang byk org tak pernah tahu dan ini adalah perkongsian saya yang terakhir berkenaan dengan subjek ni.

- Bapa saya hilang pekerjaan ketika gawat 97-98, dan selama setahun kami sekeluarga hidup dgn sardin dan telur sahaja kerana tak cukup wang simpanan. Semua barang kemas milik ibu saya dipajakkan untuk menampung hidup kami 5 beranak. Saya tak boleh merungut sbb ramai lagi yang takde duit untuk makan.

- Selepas bapa saya dipecat, beliau gagal mencari pekerjaan. Selepas hampir setahun, dia nekad bukak carwash untuk menyara kami. Modal bukak carwash kami dapat dari pinjaman rakan, dan saya merupakan pekerja pertama di carwash ayah sebab kami tak mampu nak ambil pekerja. Saya mula bekerja pada umur 14 tahun, tolong ayah selepas habis sekolah. Saya tak berani merungut sebab masih ada adik 2 org yang masih kecil dan bersekolah, dan carwash ni adalah satu-satunya punca rezeki keluarga kami.

- Saya mungkin tak senang tetapi ramai kawan saya yang lain lebih susah dari saya. Kawan baik saya ibunya kena sakit buah pinggang dan duit belanja sekolah untuk makan pun takde. Seorang lagi dapat bapa jenis pukul dan ada isteri lain di luar. Ujian kawan-kawan saya jauh lebih besar dari saya jadi apa hak saya nak merungut?

- Selain dari membantu ayah bila diperlukan, saya tak pernah tak bekerja waktu cuti sekolah. Saya bekerja di A&W, McD, Hotel Legend, PWTC, dan macam macam tempat lagi setiap cuti sekolah. Saya tak suka duduk rumah sahaja tanpa buat apa-apa. Gaji pertama saya RM230 sebulan di A&W.

- Sebab lapar sgt, saya pernah 2-3 kali makan lebihan fast food org lain ketika bekerja. Alhamdulillah masih hidup sihat walafiat sampai hari ni bila dipikirkan macam-macam virus yang mungkin saya dapat dari org lain.

- Waktu form 3-5, kadang-kadang bila tak cukup duit, saya dan rakan rakan berjalan kaki je bila balik dari pusat tusyen di kotaraya sampai ke Sentul. Tanya la kawan sekolah saya Wan Shahriman dan Shirkan Rahim kalau tak percaya.

- Ketika di universiti, carwash ayah saya ditutup kerana tuan tanah nak pakai dan buka carwash sendiri. Sekali lagi kami hilang sumber pendapatan dan tak mampu untuk memberikan duit belanja kepada saya belajar di uni. Saya cari kerja dan syukur saya diberi peluang untuk kerja di Starbucks sebagai barista. Dapat sahaja gaji pertama, saya beli skuter untuk permudahkan saya pergi dan balik bekerja.

- Saya bekerja di Starbucks semenjak masuk uni sampai la tamat pengajian. Pernah jatuh motor 2 kali sebab tertidur waktu pergi dan balik kerja sebab penat sangat nak belajar dan bekerja terutamanya waktu exam. Alhamdulillah saya dapat CGPA 3.3 walaupun tak belajar sepenuh masa. Result tak bagus mana tapi saya syukur dapat lulus pengajian.

- Banyak kali takde duit nak makan waktu bekerja tetapi alhamdulillah saya ada ramai rakan dan supervisor yang bantu belanja makan. Tanya bro Ibrahim Halim, bro Amir, Kak Gay kalau tak percaya, diorang selalu belanja saya makan. Saya cukup suka buat closing waktu kerja sbb mesti ada lebihan pastry, salad atau kek yang saya boleh bawa balik untuk dijadikan makan mlm atau sarapan untuk esok.

- Semenjak umur saya 16 sampai lah 25 tahun, pakaian semua dibeli sendiri, dan majority dari bundle. RM5 sahaja sehelai dan saya boleh pakai bertahun-tahun.

- Gaji pertama saya selepas dapat degree adalah RM600 sebulan sebagai komputer pragrammer. Alhamdulillah cukup untuk tanggung diri sendiri sementara belajar ilmu dan dapatkan pengalaman.

- Selepas saya putuskan yang saya mahu berniaga pada jangka masa panjang, saya berhenti kerja sebagai programmer (bergaji RM2300 ketika itu) untuk jadi penjual kredit kad the tepi jalan atau direct selling. Saya putuskan untuk jadi salesman sebab saya nak belajar ilmu menjual. Tak boleh berniaga kalau tak tahu menjual. Kerja salesman ni mmg best sbb langsung tiada basic. Kalau tak jual dan malas, saya tak ada duit utk makan. Alhamdulillah saya survive dan belajar sgt byk.

- Lepas kerja sebagai salesman, saya dapat kerja di bank. Saya pilih untuk kerja di bank sbb nak belajar ilmu duit dan kewangan. Gaji RM2,500 sebulan, dan lepas saya dapat conformation, saya terus beli rumah pertama. Modal saya cuma RM2,000 tapi saya iktiarkan cari modal cara lain. Loan RM155,000 lepas tanpa masalah sebab saya tiada komitmen lain dan tiada kereta (gaji saya RM2,500 memang tiada kaitan dgn kekecohan gaji permulaan

- Waktu berkerja di bank, mcm mcm business saya buat. Renovation kecil-kecilan, sublet (zaman 2006 org tak tahu pun pasal sublet), carwash. Bukan semua pun berjaya tapi saya byk belajar. Saya biasanya tak sampai rumah sebelum jam 12 mlm sbb ada kerja 9-5 dan business.

- Ketika saya kahwin, saya tak hutang satu sen pun. Semua dibayar guna duit simpanan sendiri dan pendapatan dari pelaburan dan business. Saya masih menaiki motor yang sama (saya beli waktu saya belajar) ketiaka berkahwin dan terus terang ramai yang bertanya mentua saya kenapa menatu tak bawak kereta. Beliau jawab, menantu saya mmg takde kereta, tetapi rumah dah ada 3 bijik sebelum kahwin. Ex-GF saya (skrg dah jadi isteri) pun sikit pun tak kisah saya tiada kereta. Bawak motor lebih romantik.

- Kereta pertama saya beli lepas saya dah dapat pendapatan 5-angka dari pekerjaan dan pelaburan. Bagi saya kalau pendapatan saya tak cukup RM10,000, saya memang tak mampu nak pakai kereta (Saya pernah kira installment, parking, minyak, tol untuk bawa kancil pun dah seribu. Saya nak kereta yang elok jadi saya tunggu sampai saya mampu). Dan saya dah kongsikan yang saya beli kereta pertama selepas saya dah beli berbelas rumah. Bukan saya nak riak tetapi saya rasa membazir sgt membeli kereta sbb ia akan membuatkan saya kurang mampu untuk melabur. Jadi saya utamakan pelaburan dulu sebelum kehendak hati.

- Sebelum kahwin, saya tak pernah pergi bercuti sewaktu bekerja yang saya kena bayar sendiri. Percutian pertama yang saya bayar sendiri adalah honeymoon saya. Saya lebih suka jimatkan duit untuk buat pelaburan.

Inilah sedikit kisah hidup yang boleh saya kongsikan. Saya bermula bukan sebagai orang senang tapi saya jenis yang tak suka nak merungut dan suka fikir apa lagi yang saya boleh buat. Tambahan bila tgk ramai lagi orang yang lebih susah dari saya, apa pula hak saya nak merungut berlebihan? Saya tak nak sempit rezeki…..dan Allah beri saya badan sihat, akal, dan cukup sifat. Tiada alasan untuk saya tak berusaha dan tak bersyukur. Alhamduliilah saya belajar ilmu pelaburan hartanah dan kerana ilmu ini hari ni saya mampu nak buat banyak benda yang saya tak pernah fikir saya boleh buat 10 tahun lepas.

Subsidi minyak skrg ni pun tidak akan kekal selamanya. Kita boleh terus merungut dan buat benda yang sama bila subsidi dikurangkan kelak atau kita boleh plan dan iktiarkan untuk ubah hidup kita. Kalau budak carwash macam saya boleh buat, saya yakin ramai kawan saya diluar boleh buat lebih baik. Cari ilmu, dan iktiar. Rezeki itu ada kat luar kalau kita berusaha dan Allah nak bagi.

Bukan semua orang bernasib-baik untuk lahir sebagai orang senang. Semangat kita, tak semestinya kena miskin juga.

Sumber: Faizul Ridzuan


1 comments:

speechless!!

23 October 2014 at 11:20 comment-delete

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ