Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Aidana Baizieva misteri penumpang helikopter terhempas



Aidana Baizieva misteri penumpang helikopter terhempas

Aidana Bazieva mangsa helikopter terhempas di Semenyih masih menjadi misteri siapa beliau. Anehnya bagaimana ada seseorang boleh tahu nama penumpang dan tiada identiti. Cuma yang misteri nampaknya hanya mengapa Aidana Bazieva berada di atas pesawat dan apakah tugasannya. Beliau disahkan bukan pembantu juruterbang kerana helikopter tidak memerlukan juruterbang kata pengarah DCA lapor Bernama.

Ada yang menyatakan bahawa beliau Aidana Bazieva ialah seorang jurnalis dari Kazakhstan yang nama sebenarnya ialah Aidana Karabasova yang fotonya seperti di atas. Tetapi Jurucakap Kedutaan Kazakhstan telah menafikan pembantu juruterbang Aidana Baizieva rakyatnya sebaliknya mengesahkan mangsa dari Kyrgyzstan.

Laporan Utusan Online:

HULU LANGAT 5 April – Status penumpang wanita dikenali Aidana Baizieva yang berada di dalam helikopter AS365N2 yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, di sini semalam masih lagi menjadi misteri.
Ini berikutan identiti wanita tersebut yang didakwa sebagai pembantu juruterbang belum dapat disahkan oleh mana-mana pihak.

Menurut sumber, ketika ini terdapat satu mayat yang belum dapat dikenal pasti jantinanya namun dipercayai wanita misteri tersebut.

Difahamkan, nama Aidana Baizieva yang berasal dari Kyrgystan itu diperoleh daripada kenyataan Kementerian Pengangkutan yang memaklumkan wanita berkenaan adalah salah seorang daripada enam yang menaiki pesawat tersebut.

Hospital Kuala Lumpur turut mengklasifikasikan status mayat tersebut sebagai ‘tidak diketahui’.

Difahamkan, pihak berkuasa hanya akan mendedahkan maklumat wanita itu selepas identiti wanita tersebut disahkan.

Sekarang siapa sebenarnya Aidana Baizieva?

Seorang jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi memaklumkan, mayat mangsa terakhir nahas berkenaan belum dituntut kerana identitinya belum dapat dipastikan.

“Kami sedang berusaha mendapatkan pihak berkuasa untuk mengesan dokumen pengenalan mangsa,” kata jurucakap berkenaan yang enggan namanya disiarkan.

Dalam pada itu Kapten Clifford William Fournier yang menerbangkan helikopter berkenaan didapati aktif menggunakan laman sosial Facebook, dengan posting terakhir beliau ialah kira-kira sejam sebelum maut dalam nahas berkenaan.

Helikopter yang terhempas, AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) disewa dari sebuah syarikat swasta Chempaka Avition, yang dimiliki oleh juruterbang yang terbunuh, Kapten Cliff Fournier.

Carian terhadap syarikat berkenaan di internet tidak dapat ditemui dan oleh itu tidak dapat dibubungi untuk mengesahkan maklumat mengenai siapa sebenarnya Aidana Baizieva. Justeru siapa sebenarnya Aidana Baizieva masih misteri dan belum terungkap. Laporan rujukan Green Boc



0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ