Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Saya Mahu Tolong Sirul – Dr Mahathir





Kuala Lumpur 11/04/2015 – Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir berkata mahu menyelamatkan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar Umar yang didakwa teraniya dalam kes pembunuhan model wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.




Menurut Dr Mahathir walaupun mengetahui mengenai kes ini, namun beliau mengambil pendekatan untuk tidak membicarakan mengenainya.

“Saya (langsung) tidak bercakap mengenainya perkara ini sejak sekian lama, tapi dua orang ini dihukum bunuh, kamu kena tolong mereka (kerana) Sirul pernah menjadi pengawal keselamatan saya.

“Tak bolehkah saya tolong dia (kerana) dia nak kena gantung?” soal Dr Mahathir ketika menjawab soalan yang di bangkitkan.








Menurut sumber sekumpulan pengamal media sosial (blogger) telah mengadakan satu pertemuan sulit bersama bekas perdana menteri itu di Yayasan Al-Bukhary, petang semalam.

“Bila saya membangkitkan mengenai perkara ini, orang berkata saya bersama pembangkang tapi isu ini melibatkan nyawa orang.

“Cuba andaikan kamu akan dihukum gantung untuk perkara yang kamu tidak lakukan dan tidak ada siapa pun yang tolong.

“Lantak pi la, mampus pi la sama dia… adakah kamu nak saya lakukan seperti itu?” soalnya lagi.

Menurut Mahathir lagi, ketika pertemuan bersama ibu Sirul baru-baru ini wanita tua itu langsung tidak bercakap mengenai kes itu walaupun ditanya berulang kali.

“Mak dia datang jumpa saya (dan) dia tak boleh nak bercakap, buakn ada apa pun dia bercerita dengan saya.

“Saya tanya tapi dia tak mau cakap, kaku (dan) saya rasa dia takut… apa yang dia takut saya tahu tahulah” uajrnya lagi.

Piah Ahmad, ibu kepada Sirul minggu lalu telah dibawa oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang, Datuk Khairuddin Abu Hassan untuk bertemu Dr Mahathir di pejabatnya di Putrajaya.

Ini berikutan kenyataan bekas perdana menteri itu yang dalam beberapa entri blognya melontarkan kritikan keras terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk yang menyentuh pembunuhan Altantuya.

Mahkamah Persekutuan 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul dan Azilah Hadri, bekas inspektor polis juga daripada pasukan UTK atas kesalahan membunuh Altantuya di Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Klang, dekat sini, antara jam 10 malam 19 Oktober hingga 1 pagi 20 Oktober, 2006.

Mengikut perjanjian ekstradisi Malaysia – Australia yang dikuatkuasakan sejak 28 Disember 2006, negara itu berhak menolak permohonan ekstradisi Malaysia atas kedudukan Sirul yang dihadapkan dengan hukuman mati kecuali kedua-dua pihak berbincang dan mencapai persetujuan bersama untuk ekstradisi itu dibenarkan.

Mengikut rekod Imigresen, Sirul berlepas ke Australia pada Oktober tahun lalu dan dia kini ditahan di sebuah pusat tahanan Imigresen negara itu. - SuaraTv


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ