Tiada Penghormatan Untuk Arwah Kpl Razkan Yang Terkorban Dalam Nahas Helikopter?
Kpl Razkan Bin Seran
Anggota Unit Tindakhas yang terkorban dalam nahas Helikopter pada petang 4 Mac 2015 semasa dalam tugas mengiring principal yang didalam tanggunggjawabnya. Beliau terkorban dalam tugas bersama2 dengan prinsipalnya.Kejadian itu bukanlah kesalahan atau kegagalan tugas tetapi keadaan diluar jangkaan yg sukar untuk dielakkan.
Allahyarham juga sebelum ini pernah berjuang bersama pejuang2 lain dalam Ops Daulat di Lahad Datu tetapi tiada yang tau kerana etika dan prinsip kerahsiaan yang tinggi Unit Tindakhas tempat beliau bernaung. Lambang keris bersayap yang tersemat dilengan, Beret Merun yang disarung menjadi lambang kemegahan dan menjadi saksi sumpah berdarah akan berbakti dan sedia berkorban untuk Negara serta memegang kerahsiaan yang tinggi.
Beliau tidak terkorban dalam pertempuran di Lahad Datu tetapi beliau terkorban dalam nahas Helikopter semasa DALAM TUGAS RASMI. Apakah bezanya gugur dalam tugas dilahad Datu dengan gugur dalam nahas Helikopter semasa bertugas tugas sehingga menyebabkan beliau seakan dilupakan begitu awal sekali..
Dalam pengurusan jenazah Allahyarham di Hospital,Solat Jenazah di Masjid Bukit Aman dan DiLapangan Terbang Subang dapat dilihat kurangnya perihatin dari pegawai peringkat tertinggi KDNKA dimana Unit Tindakhas dibawah cabang tanggunggjawabnya.
Sungguh mengecewakan,
Tiada penghormatan selayaknya diterima, diberi kepada pejuang yang gugur ini.Hanya kelibat pegawai2 dari bahagian Kebajikan PDRM dan pegawai serta rakan seperjuangan dari UTK sahaja yang sibuk menguruskannya.
Beberapa kepincangan dan kelemahan terselah didalam proses penghantaran pulang jenazah ke Sabah Namun dapat diatasi dengan tolak ansur dan budi bicara pihak lain.Terima Kasih diucapkan kepada pihak TUDM yang membantu melancarkan urusan.
Apakah kematian jika ditembak sahaja yang layak mendapat penghormatan sebagai wira ??
Sebagai anggota pasukan Khas
kami bersedia untuk bertugas,
Kami bersedia untuk cedera,
Kami bersedia untuk terkorban
Tapi kami tidak menjangka akan dilupakan begitu cepat,
pada hari kematian kami...
Wira Tak Didendang...
Al-fatihah
0 comments:
Post a Comment