Isteri Muda Nazri Aziz Sekolahkan Nedim
Isteri Muda Nazri Aziz, ‘Sekolahkan’ Nedim
Kuala Lumpur – Seorang wanita mendakwa dirinya isteri yang sah kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz dan layak menggunakan gelaran Datin Seri.
Haflin mendakwa beliau layak menggunakan gelaran Datin Seri kerana Nazri dan ibu Nedim telah bercerai sejak 26 tahun lalu.
Di Instagram yang menggunakan nama Haflinsfashion, dia mendakwa telah berkahwin dengan Nazri pada Jun 2014.
“Tidak ada undang-undang di Malaysia yang menyatakan hanya seorang isteri dibenarkan mengguna gelaran Datin Seri,” tulis Haflin.
Sehubungan itu, dia mencabar Nedim Nazri yang juga anak tirinya supaya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika fakta itu salah.
Haflin mendakwa, perkara itu terpaksa didedahkan atas permintaan Nazri untuk menjelaskan kekeliruan yang dicetuskan Nedim.
Nedim, kekasih kepada pelakon Nora Danish, baru-baru ini menimbulkan kontroversi kerana menuduh wanita yang menggunakan gelaran sesuka hati sebagai ‘wanita terdesak’.
Nedim juga mengkritik editor dari dua majalah tempatan yang didakwa tidak membuat penyelidikan kerana hanya isteri pertama layak menggunakan gelaran itu.
Terdahulu
Kuala Lumpur – Nedim Nazri, kekasih kepada pelakon Nora Danish menyelar editor majalah kerana tidak menggunakan otak apabila menggunakan gelaran atau pangkat sesuka hati.
Anak kepada Menteri Pelancongan, Dato’ Seri Mohamad Nazri Aziz, menerusi akaun Instagram berkata editor majalah yang dimaksudkan itu sepatutnya membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum menggunakan gelaran itu.
Tanpa menjelaskan dengan lebih terperinci editor majalah berkenaan, dia meminta, editor supaya merujuk kepada undang-undang sama ada seseorang itu layak untuk menggunakan gelaran atau pangkat.
Nedim memuatnaik status itu kerana tidak puas hati dengan dua editor majalah yang menggunakan gelaran Datin Seri sesuka hati.
Dia berkata, hanya isteri pertama sahaja yang layak menggunakan gelaran atau pangkat tetapi tidak bagi isteri kedua, ketiga atau keempat.
“Saya pelik ramai sangat wanita desperate nak mengaku datin Seri and all, yang majalah-majalah ni pun satu, nampak sangat kebodohan mereka menggunakan ‘salutation’ pangkat tanpa sebarang penyelidikan.
“Sila check undang-undang menggunakan pangkat, yang nombor 2 ke 3 atau ke-4 tidak layak sama sekali menggunakan salutation tersebut.
“Harap pencerahan ini digunakan dengan bijak oleh magazine low standards di Malaysia. Kepada editor guna la otak dengan bernas. Only no 1 is the real Deal!,” tulis Nedim.
Dia bagaimanapun menjelaskan teguran itu tidak merujuk kepada semua majalah di Malaysia tetapi dua majalah yang menyiarkan artikel menggunakan gelaran yang tidak sepatut dipakai.
Nedim menasihatkan editor-editor supaya memeriksa dan mengesahkan sebelum membenarkan sesiapa saja menggunakan gelaran itu.
Dia turut mengingatkan supaya jangan mengaitkan kenyataan ini dengan orang lain di sekelilingnya.
0 comments:
Post a Comment