Aku Hanya Insan Biasa Yang MencintaiMu
Wahai hati tatkala kau sendirian
ada yang hadir memujukmu...
Wahai jantung hatiku, tatkala kau kesedihan
ada yang datang menggembirakanmu...
Wahai penawar hatiku, tatkala kau kegelisahan
ada yang rapat menenangkanmu...
Wahai permata hatiku, tatkala kau kekesalan
ada yang berlari mendakapmu...
Wahai pemburu hatiku, tatkala kau kesamaran
ada yang menyinari mencerahkan...
Wahai hati yang bercinta teruskanlah menangis
kerana dalam tangisan ada yang manis jadi senyuman...
Wahai Pemilik Hati Ya Allah...
aku hanya insan biasa yang mencintaiMU,
suburkanlah, siramilah, balutilah, selimutilah hati ini
0 comments:
Post a Comment