Apa Ada Pada Nama?
Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt...
Apa ada pada nama?
Arwah Opah Ida pernah bercerita bahawa orang dulu-dulu, apabila lahir sahaja si anak, si bapa akan round keliling kampung untuk merisik nama anak orang-orang kampung yang baru lahir supaya tidak mempunyai nama yang sama dengan nama anak mereka yang bakal diberi. Kalau boleh memang lah hendak memberi nama anak supaya tidak serupa dengan nama anak orang lain. Tetapi kalau dah ada yang sama, macam mana nak buatkan?
Al-kisah, suatu hari semasa Ida di sekolah rendah, cikgu telah bertanyakan nama penuh ayah murid-murid, maka seorang demi seorang pun bangun untuk memberitahu cikgu nama ayah berserta binnya sekali. Tibalah giliran Ida pun bangun dan memberi tahu nama ayah iaitu Abdul Hamid Bin Abdul Malik.
Nak dijadikan cerita setelah tamat sessi pemberitahuan tersebut bermulalah sessi ejek mengejek. Al-maklumlah apabila bersekolah campur, murid-murid lelaki ni memang agresif dan kreatif sedikit. Nama ayah Ida juga tidak terkecuali menjadi ejekan mereka. " Hamid Terbalik... Hamid Terbalik"... akhir sekali terus menjadi "Hamid Apam Balik"!
Sampai rumah Ida menangis mengadu sama emak dan arwah opah, bahawa kawan-kawan sekolah telah mengejek nama ayah Ida. Emak dan arwah opah hanya tersenyum dan menasihati Ida mengapa harus malu? Lepas tu nama Abdul Hamid terus menjadi isu dalam keluarga Ida. Pantang kalau ada orang sebut nama tu, contoh kalau ada orang-orang besar atau orang-orang kenamaan yang muncul di kaca TV terutamanya pak-pak menteri ketika itu yang mempunyai nama Abdul Hamid, emak dan arwah opah terus membanggakan dan memuliakan nama tersebut untuk menawan hati Ida yang telah tercalar dek ejekan kawan-kawan sekolah. Sejak itu Ida mula bangga punya ayah bernama Abdul Hamid.
Hari Rabu minggu lepas, Ida ke Kuala Kubu Bahru kerana ada tugasan, alangkah bangganya Ida jumpa nama jalan di bawah... kau ada?
Hari Rabu minggu lepas, Ida ke Kuala Kubu Bahru kerana ada tugasan, alangkah bangganya Ida jumpa nama jalan di bawah... kau ada?
6 comments:
Ada jugak nama macam ni eh
hahaha tah hapa2 ja antidandruff dengan dontworry tu. amboi bangga nya nama ayah kak abdul hamid tu ya. saya pun tak ada nama Jalan Ariffudin. hehehe. hmmh budak laki memang ada saja ideanya...
he3 pelik..nama pn nk dikutuk dn diejek..kn nm yg baik tu 1 doa =) yg ejek2 tu biarkn je..budak2 mmg nkal skit kn..
glemer ko..hihik
Wah siap jadi nama jalan lagi.. Biasalah orang ni..memang suka mengejek..Nama kak Erin elok-elok pun diorang panggil ikan kering.. Hampeh betul...
haha, tergelak mama baca.. hihi
Post a Comment