Kisah Katak Dan Siput
Ada seekor siput selalu memandang sinis terhadap katak. Suatu hari, katak yang kehilangan kesabaran akhirnya berkata kepada siput :
"Tuan siput, apakah saya telah melakukan kesalahan, sehingga anda begitu membenci saya?"
Siput menjawab : "Kalian kaum katak mempunyai empat kaki dan bisa melompat kesana kemari, Tapi saya mesti membawa cengkerang yang berat ini, merangkak di tanah, jadi saya merasa sangat sedih."
Katak menjawab : "Setiap kehidupan memiliki kesulitan dan penderitaannya masing-masing, hanya saja kamu cuma melihat kegembiraan saya, tetapi kamu tidak melihat penderitaan kami."
Dan seketika itu, ada seekor burung helang besar yang terbang ke arah mereka, siput dengan cepat memasukkan badannya ke dalam cengkerang, sedangkan katak menjadi mangsa kepada si burung helang tersebut.
Akhirnya siput baru sedar...ternyata cengkerang yang dimilikinya bukan merupakan suatu beban...tetapi adalah kelebihan sebagai pelindung dan keselamatan dirinya
MORAL DARI KISAH INI : Bersyukur dan nikmatilah kehidupan kita, tidak perlu dibandingkan dengan orang lain. Keirian hati kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan.
Nak tambah pendapatan sila klik sini 8Share (percuma)
7 comments:
sentiasa bersyukur, Allah Maha Mengetahui.
Betul tu Kak Ida. Kita kena sentiasa bersyukur. :)
sentiasa bersyukur dgn limpahanNya
Bersyukur dgn smua yg ada :)
1 cerita pgjaran bt kita semua..Allah dh cipta yg terbaik..pasti ada hikmahnya =) bersyukur je dgn apa yg ada..
Nice sharing.. kita sepatutnya kena sentiasa bersyukur dgn apa yg Allah dh bg kt kita.. =D
kisah yang berpengajaran, semoga kita boleh ambil iktibar, semua yang jadi pasti ada hikmahnya, Allah sebaik-baik perancang, kita kena yakin pada Dia
Post a Comment