Rebutlah 5 Peluang Ini
(Auto Publish) Assalamualaikum wbt...
Salam ceria rakan-rakan yang dirahmati Allah swt..
Semoga manafaat...
Mari sama-sama kita renungi dan saling ingat mengingati...Berpesan pesan antara satu dengan yang lain.
Kita manusia selalu tertipu dengan 2 situasi:
USIA:
1) Orang selalu berfikiran yang tua sahaja yang akan mati.
2) Orang muda lambat mati dan hanya sudah tua baru mati.
PENYAKIT:
1) Orang yang sakit sahaja yang akan cepat mati.
2) Orang yang sihat lambat menemui kematian sehingga ditimpa kesakitan.
Ini semua Rahsia ALLAH…..Bila sudah sampai masa….ALLAH tidak akan awalkan atau lambatkan walau sesaat pun…tidak kira muda atupun tua…KEMATIAN ITU KEPASTIAN – ALAM KUBUR perjalanan yang kita semua akan tempuhi dan di PADANG MAHSYAR kita akan diHISAB.
Rebutlah 5 Peluang ini:
1) Sihat sebelum Sakit
2) Muda sebelum Tua
3) Kaya sebelum Miskin
4) Lapang Sebelum Sibuk
5) HIDUP SEBELUM MATI
Rebut lah 5 perkara sebelum datang yang 5 lagi.
Adakah taubat kita diterima dan sudah mencukupikah taubat kita untuk "MELANGSAIKAN" kesemua dosa2 kita selama ini?
Astaghfirullahal'azim…Teruskan usaha kita untuk menambahkan amalan dan terus berbakti kepada ALLAH……Bukan membuang masa di FB menyakiti hati dan perasaan orang lain. Memandang orang lain dengan syak wasangka - sifat hasad dengki dan iri hati....MALULAH KEPADA ALLAH.
Berdosa kepada manusia sangat berat untuk kita mencari dan meminta kemaafan...Jika kita pulang kerahmatullah sebelum Saulutun Nabi - bersalaman memohon kemaafan dan halal berhalal........kita fikirlah sendiri bagaimana sakitnya dialam kubur nanti.
Orang yang BERIMAN - MULUT NYA DIDALAM HATI - ORANG YANG MISKIN IMAN DAN MUNAFIK - HATI NYA DIDALAM MULUT...sebab itu mereka tidak rasa bersalah menyakiti dan mengaibkan orang lain.
Ya ALLAH…Bersihkan hati kami kepada kebaikan dan jauhkan kami dari kejahatan dan fitrahkan kami dengan Iman dan HidayahMU hingga akhir hayat kami Ya ALLAH. Amin!!!!!
3 comments:
Ingat lima perkara, sebelum lima perkara~ Ingat pula lagu nasyid tu. :)
Thanks 4 da reminder...kekadang kita mudah terlupa...
Regards,
-Stirder-
Satu peringatan yang baik, Ida. Ya, moga kita sentiasa bermuhasabah diri.
Post a Comment