Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Contoh Surat Menghalang Penglibatan Doktor Lelaki Dalam Proses Bersalin

Contoh Surat Menghalang Penglibatab Doktor Lelaki Dalam Proses Bersalin



Seorang suami muda telah menghantar sepucuk surat kepada Pengarah Hospital Taiping, Perak yang menghalang penglibatan doktor lelaki dalam proses bersalin isterinya kini telah tersebar luas di alam maya.

Sudah tiba masa dan sewajarnya pihak Kementerian Kesihatan menjadikan isu ini sebagai suatu Standing Operation Procedure (SOP) kepada mana-mana jua hospital kerajaan maupun swasta agar tidak melibatkan doktor lelaki dalam proses bersalin demi menjaga maruah wanita melainkan mendapat izin dan kebenaran dari si suami.

Kini negara kita mempunyai ramai doktor Pakar Perbidanan dan Sakit Puan wanita dan mencukupi untuk mengendalikan proses-proses bersalin yang normal maupun bukan secara normal.

Pada suami dan bakal bapa, elok juga disimpan contoh surat ini untuk dijadikan panduan bila keadaan memerlukan nanti.

Jadilah seorang suami yang baik dengan menjaga maruah diri si isteri yang disayangi.

PLEASE SHARE TO YOUR HUSBAND.

Gambar dari google



Hukum dan Syarat-syarat Wanita Bersalin dengan Lelaki

Dewasa ini, biasa berlaku kes wanita bersalin dengan doktor lelaki - yang bukan suaminya. Apakah hukumnya? Bukankah wanita yang bersalin akan mendedahkan bukan sedikit malah sebahagian besar auratnya, bolehkah begitu?!

Jawapannya, tidak boleh. Ini hukum asal. Apabila darurat maka hukumnya menjadi harus. Seperti biasa, al-ḍarūrāt tubīḥ al-maḥẓūrāt (perkara-perkara darurat mengharuskan perkara-perkara haram).

Tetapi, keharusan ini mestilah dengan dua syarat berikut:
Pertama, persalinan tersebut memerlukan bantuannya.
Kedua, tidak ada perempuan yang dapat menggantikan tempat lelaki tersebut.

Syarat pertama memberi maksud, wanita tidak boleh bersalin dengan lelaki sekiranya persalinan tersebut tidak memerlukan campur tangannya sama ada kerana pertolongan daripada wanita-wanita lain sudah memadai atau wanita bersalin boleh bersalin sendiri. Ini bermakna, sekiranya seorang wanita masuk ke dalam bilik bersalin dan setelah diperiksa oleh jururawat, didapati peratusan untuk berjaya melahirkan kandungan tanpa memerlukan bantuan doktor lelaki itu tinggi, maka ia tidak dibenarkan masuk. Kesimpulannya, selagi tidak diperlukan, lelaki tidak dibenarkan terlibat.

Syarat kedua pula bererti, kewujudan mana-mana perempuan yang dapat membantu proses persalinan tanpa bantuan lelaki sudah menggugurkan hukum harus tadi. Hal ini disebabkan apabila asal sudah wujud maka pengganti seakan-akan tidak wujud. Dalam kes ini, asal iaitu perempuan yang berkenaan sudah ada maka pengganti iaitu lelaki yang berkenaan dikira tidak ada. Sama seperti bertayamum dengan tanah sedangkan air ada dan mampu digunakan, hukumnya tidak harus dan tidak sah. - Sumber


Nak tambah pendapatan sila klik sini 8Share (percuma)


1 comments:

noted.. walaupun belum kahwin, info ni sgt berguna.. tq :)

2 November 2013 at 16:03 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ