Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Disebat 2 Ribu Kali Akibat Rogol Anak Sendiri

Disebat 2 Ribu Kali Akibat Rogol Anak Sendiri



Seorang lelaki di Arab Saudi telah dijatuhkan hukuman sebat sebanyak lebih dua ribu kali akibat merogol anaknya sendiri. Sebuah akhbar rasmi Arab Saudi melaporkan, seorang lelaki telah disabitkan kesalahan merogol anak perempuannya dan dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dihukum sebatan sebanyak 2080 kali sepanjang tempoh dipenjarakan.

Mahkamah di kota suci Mekah mendapati lelaki itu yang berasal dari Riyadh didapati bersalah merogol anak perempuannya sepanjang tujuh tahun ketika di bawah pengaruh dadah.

Akhbar Okaz Sabtu lalu melaporkan bahawa lelaki itu akan menerima sebatan secara berperingkat-peringkat di sepanjang tempoh dia dihukum penjara. Nama lelaki itu tidak disiarkan di dalam akhbar itu.

Seorang pegawai penguatkuasa agama di Arab Saudi mengatakan bapa saudara gadis itu yang memberikan maklumat dan melaporkan tentang jenayah tersebut yang dilakukan oleh lelaki berkenaan. Di Arab Saudi, hukum sebatan adalah salah satu bentuk hukuman yang dilaksanakan oleh para ulama yang bertindak sebagai hakim-hakim dan merupakan undang-undang kerajaan yang merujuk kepada tafsiran undang-undang Islam. - Sumber


Nota Kaki - Kisah tauladan semoga menjadi pengajaran kepada kita semua. Fikir-fikirkanlah....


5 comments:

padan muka :)

2 November 2013 at 23:41 comment-delete

memang patut kena pun. sanggup rogol anak sendiri. :(

3 November 2013 at 02:26 comment-delete

Moga dijauhkan perkara-perkara macam ni.

3 November 2013 at 02:47 comment-delete

tak berhati perut punya ayah kalau macam ni sanggup perkosa anak sendiri, haishhh...kalau dah ikut sangat nafsu macam ni laa jadi, tak boleh beza dah mana baik mana buruk

4 November 2013 at 03:58 comment-delete

Haruan makan anak

Anonymous
6 November 2013 at 15:53 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ