Aiman Hakim Ridza Mengaku Bercinta Dengan Nur Fathia



Pelakon, Aiman Hakim Ridza akhirnya mengakui hubungannya dengan pelakon jelita, Nur Fathia sudah melangkah ke fasa yang lebih serius sejak setahun lalu. Nur Fathia kini sedang hangat berlakon disamping Keith Foo di dalam slot Akasia TV3 iaitu Ariana Rose.

"Ya, saya serius dengan Fathia, dah setahun," katanya kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Menurut Aiman, dia bertindak merahsiakan hal tersebut kerana mahu menjaga hati ramai pihak.

"Begini, kami berdua ni masih ada ibu bapa masing-masing. Perkara macam ini melibatkan ramai pihak. Selama ini kami mahu menjaga hati ibu bapa kami. Lagipun rasa tak manis bila hubungan kami sering menjadi perbualan ramai."

Pengakuan ini sekaligus menjawab teka-teki mengenai status hubungan mereka di mana sebelum ini mereka menegaskan mereka hanya sekadar kawan baik dan bukannya pasangan kekasih seperti didakwa.

Dalam perkembangan lain, Aiman kini terlibat dalam "Teater Bidasari" yang merupakan adaptasi dari filem Melayu-Klasik sekitar tahun 60an pernah dibintangi oleh Datuk Jins Shamsuddin dan Datuk Sarimah.
Selain Aiman, teater arahan Lokman Ghani ini turut menampilkan pelakon hebat seperti Datuk Jalaludin Hassan, Raja Azura, Hairul Azreen, Radhi Khalid dan Fadilah Mansor.

"Teater Bidasari" ini bakal dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya mulai 10 hingga 17 Februari ini. -Tupai.com.my


2 comments:

rasa macam kecewa plak..haha hadoiii

8 February 2014 at 13:28 comment-delete

Andai memang sudah tertulis ini jodoh mereka..moga berakhir dengan ikatan yang halal..

8 February 2014 at 18:05 comment-delete

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ