Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Zizan Razak Dituduh Bersekedudukan Dengan Emma Maembong?

Zizan Razak Dituduh Bersekedudukan Dengan Emma Maembong?


Pengacara dan pelakon, Zizan Razak enggan memberikan komen mengenai tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa dia bersekedudukan dengan Emma Maembong.

Sebuah portal hiburan hari ini melaporkan mengenai desas-desus seorang pengacara lelaki bersekedudukan dengan seorang artis wanita jelita. Ekoran daripada laporan itu, ramai yang percaya pasangan terbabit adalah Zizan dan Emma.

“Saya tidak tahu macam mana cerita ini boleh timbul sedangkan gosip yang mendakwa saya bercumbu dengan Emma di atas kapal terbang masih baru lagi,” jelas Zizan ketika dihubungi oleh GUA.

Dalam masa yang sama, Zizan juga memberitahu dia tidak terkilan dengan situasi yang berlaku biarpun dirinya sering diterjah kontroversi.

“Saya tidaklah terkilan, cuma saya enggan ambil tahu. Saya tidak mahu macam mana mahu komen. Selepas ini saya mahu komen mengenai perihal kerjaya seni saya sahaja,” tutur pengacara rancangan ‘Raja Lawak’ ini lagi.

Ketika ditanya adakah tuduhan ini datang dari pihak yang cuba menjatuhkan reputasi Zizan di kala karier seninya sedang berada di puncak, Zizan hanya memberi komen ringkas dan mengatakan “Wallahualam”.

Sebelum ini, Zizan dan Emma dikhabarkan sedang menjalin hubungan cinta tetapi berita tersebut dinafikan oleh kedua-dua belah pihak. Baik Emma mahu pun Zizan, mereka berdua mengklasifikasikan hubungan mereka sekadar teman rapat sahaja.


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ