AS Larang Rawatan Terapi Kulit Guna Spa Ikan








WASHINGTON DC - Fish spa atau terapi ikan dilaporkan tidak lagi sepopular dua tahun lalu dan sukar ditemui malah di beberapa tempat di Amerika Syarikat (AS), perkhidmatan terapi spa semacam ini sudah mula dilarang.

Dalam kes terbaharu, Mahkamah Tinggi AS pada Isnin lalu menolak permohonan rayuan seorang pemilik spa ikan di Phoenik, Arizona yang mencabar peraturan tempatan mengenakan larangan terapi ikan di bandar raya itu.

Penolakan tersebut mengakhiri perdebatan panjang mengenai tahap keselamatan rawatan terapi ikan, sekali gus pemerintah AS membuat penilaian, kaedah spa ikan tidak selamat dan berisiko tinggi menularkan jangkitan luka.

Fish spa ialah terapi menggunakan ikan jenis Garra rufa yang tidak bergigi dengan ikan itu ditempatkan dalam kolam semacam akuarium, serta pelanggan cuma duduk santai sambil memasukkan kaki mereka ke dalamnya.




Ikan spesies ini yang juga disebut ‘ikan doktor’ dan diimport khas dari China; hanya akan memakan sel-sel kulit mati sehingga lapisan permukaan kulit pelanggan tersebut akan terasa lembut seumpama bayi baru lahir.

Cindy Vong, pemilik kedai salon kuku di Phoenix, mula memperkenalkan terapi ikan pada 2008 sebelum mengubah model bisnes operasi premisnya langsung menjadi fish spa yang ternyata sangat popular ketika itu.

Namun pada 2009, dia ditegur oleh Dewan Kosmetik Arizona kerana terapi ikan dianggap melanggar standard keselamatan perubatan dan jika diteruskan ia boleh didakwa melanggar undang-undang kerajaan tempatan.




Alasan yang dikemukakan adalah setiap peralatan menicure dan pedicure harus melalui proses steril atau nyah kuman dengan cara pemanasan didih secara khusus, namun tentu saja ikan akan mati apabila disterilkan.

Justeru, ikan tersebut tidak dijamin selamat ketika melakukan sentuhan manja dengan kulit pelanggan, manakala penggunaan ikan jenis lain yang lebih agresif daripada Garra rufa dibimbangi boleh melukai kulit manusia.

Ini mengakibatkan kuman atau virus lebih mudah masuk menerusi kawasan luka yang terdedah dan menjadi rasional kenapa rawatan terapi ikan tidak dibenarkan beroperasi di banyak tempat di AS.

Sumber






0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ