Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Pencarum KWSP kekal hak keluar caruman pada usia 55 - PM





KUALA LUMPUR - 23/04/2015 : Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh mengekalkan hak untuk mengeluarkan caruman pada usia 55 tahun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata, sebarang perubahan hanya terpakai kepada caruman baharu sekiranya pencarum memutuskan untuk bekerja melepasi usia 55 tahun. "Ini memberi keseimbangan antara harapan rakyat terhadap hasil titik peluh mereka pada umur 55 tahun sambil memberi perlindungan kepada mereka sekiranya bersara pada usia 60 tahun," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Invest Malaysia 2015 di sini hari ini. Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan lebih 50,000 pencarum yang menyertai proses rundingan dalam talian sepanjang tempoh dua hari. Ia adalah perundingan awam terbesar yang pernah dijalankan. Kaji selidik itu bermula Selasa lalu dan akan berakhir pada 5 Mei 2015. "Kerajaan sentiasa mendengar pandangan daripada rakyat. Adalah jelas majoriti ahli KWSP walaupun memahami kepentingan simpanan persaraan pada umur 60 tahun, mahu mereka diberikan hak untuk menggunakan dana persaraan pada umur 55 tahun," katanya. Baru-baru ini, KWSP dilaporkan sedia menimbangkan untuk meminda had umur yang dibenarkan bagi pencarum mengeluarkan caruman mereka daripada 55 tahun sekarang kepada usia persaraan 60 tahun, yang mendapat kritikan pelbagai pihak. BH Online



0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ