Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Apabila Fizz Fairuz, Izzue Islam Jadi Minah Bertudung..




Bukan sekali dua pelakon lelaki di Malaysia melakonkan watak penyamaran sebagai seorang wanita malah pelakon senior seperti Datuk Jalaludin Hasan dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar pun pernah mengalas peranan tersebut dalam lakonan mereka.

Terbaharu, pelakon Fizz Fairuz dan Izzue Islam pula tampil dengan watak sedemikian bagi menjayakan filem terbaharu berjudul Mat Tudung.

Filem arahan pengarah muda, Waan Hafiz itu turut mengandingkan dua aktor popular tersebut dengan heroin yang semakin menjadi pujaan ramai peminat, Nelydia Senrose.

Mat Tudung mengisahkan seorang kasanova bernama Johari (lakonan Fizz) yang jatuh cinta pandang pertama pada Zizie (Nelydia).

Johari terpaksa mencari pelbagai helah untuk mendekati Zizie memandangkan gadis tersebut selalu bersikap dingin terhadap lelaki.

Kemudiannya, Johari mendapat idea menyamar sebagai Johanna iaitu adik perempuan kepada Johari dalam usahanya meraih perhatian Zizie.

Pelbagai insiden menarik berlaku apabila perwatakan ayu Johanna telah menarik hati bapa Zizie selain sebagai Johari pula dia diintai oleh ibu Zizie yang kesepian akibat kurang diberi perhatian oleh ayah Zizie dan juga menjadi ‘target’ abang Zizie (Izzue Islam) yang keliru dengan jantinanya sendiri.

Dengar sinopsis macam best je kan, jadi apa lagi pergilah serbu panggung wayang berdekatan anda selepas filem ini ditayangkan pada 28 Julai depan.








2 comments:

wah..cantik menawan....

haha..cantik :)

21 May 2014 at 12:01 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ