Norman, Memey Enggan Ulas Krisis Rumah Tangga Abby



22 Mei – Aktor Norman Hakim dan Memey Suhaiza mengambil pendekatan untuk tidak mengulas mengenai krisis rumah tangga Abby Abadi dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar dan berharap agar segala masalah dapat diselesaikan dengan baik.

Norman yang merupakan bekas suami Abby mengakui terkejut selepas mendengar khabar tersebut dan terus menghubungi Abby untuk bertanya khabar.

"Saya sangat terkejut apabila isteri saya, Memey memberitahu dia terbaca kapsyen foto di Instagram Abby seolah-olah perkahwinan Abby sedang berhadapan dengan masalah.

"Sebagai bekas suami dan ayah kepada anak-anak Abby, sudah pasti saya mengambil berat terhadap masalahnya. Saya terus menghubungi dan bertanya 'awak ok?'

"Dan Abby pula balas, "Ok! Saya ada Allah....". Apabila dia hantar mesej seperti itu, saya tidak bertanya banyak perkara kerana menghormati privasinya," ujar Norman seperti dipetik dari mStar.

Namun, Norman enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini kerana tidak mahu masuk campur dalam urusan rumah tangga bekas isterinya itu tetapi berharap agar peminat berdoa semoga pasangan tersebut dapat menyelesaikan masalah mereka sebaik mungkin.

Sementara itu Memey turut enggan mengeruhkan keadaan dan berharap segala yang terbaik buat mereka.
"Maaf, baik Memey mahupun abang Norman, kami tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai hal ini. Kami tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang berlaku. Apapun, kami mendoakan yang terbaik buat mereka," jelas Memey seperti dipetik dari laporan sebuah portal hiburan tempatan.

Terdahulu, Abby telah memuat naik status yang menggambarkan pergolakan rumah tangganya di laman sosialnya itu dan telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan peminat dan pihak media.

Abby, 37 telah bernikah dengan Farhan, 24 pada pertengahan tahun lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya bulan Ramadan dan pernah berkahwin dengan Norman serta dikurniakan tiga orang cahaya mata. - Tupai.com.my


Baca juga di sini:

Panas!! Abby Abadi Update Status Seakan Rumahtangga Sedang Bergolak?



0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ