MAWAR FAREEDA BAKAL LELONG RIBUAN TUDUNG MILIK PERIBADI?

MAWAR FAREEDA BAKAL LELONG RIBUAN TUDUNG MILIK PERIBADI?


Pelakon kacak Fizo Omar mendedahkan isterinya, Mawar Abdul Karim (Mawar), menyimpan ribuan helai koleksi tudung Fareeda. Menurut Fizo, setiap hari Mawar yang juga merupakan duta jenama tudung tersebut akan memakai tudung baru rekaan jenama perniagaan milik keluarga wanita itu. 

“Mawar ada simpan beribu helai tudung dalam almari di rumah. Kalau dia dah pakai satu-satu tudung tu, dia tak akan ulang-pakai lagi. Itu juga sebagai satu promosi untuk jenama Fareeda. Mak mertua saya akan buat rekaan dan Mawar bertanggungjawab memakai tudung tersebut sebagai promosi. 

Jadi memang setiap hari dia akan pakai rekaan baru. Memang koleksi tudungnya sekarang dah beribu tersimpan dalam almari di rumah kami. “Bukan tak mahu jual tudung-tudung tersebut, tapi Mawar ada cakap yang dia rasa tak sedap hati nak jual ataupun nak bagi pada orang sebab dia dah pakai tudung tu walaupun hanya sekali. Dia rasa tak manis bagi barang yang dia dah pakai kepada orang lain. Disebabkan dah terlalu banyak, saya ada sarankan supaya jual saja. 

Sekarang saya tengah cuba puJuk dia untuk buat pre-love (jual dengan harga rendah). Tapi soal harga tu, belum ditetapkan lagi. Dan tak tahu lagi sama ada dia setuju atau tidak”, kata Fizo Omar yang juga berkata tidak akan memaksa Mawar sekiranya isterinya itu tidak bersetuju. 

Pemilik nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata demikian ketika ditemui pada sidang media sidang media rombongan artis popular bersama penerbangan Air France keempat ke Paris tajaan Raflesia, bertempat di hotel Park Royal, Kuala Lumpur semalam. 

Tambah Fizo lagi, dia bersyukur kerana meskipun perniagaan milik mertuanya itu terpalit dengan isu kontroversi beberapa bulan lalu, namun masih ramai pelanggan yang menjadikan Fareeda sebagai pilihan hijab utama mereka. Malah dia gembira apabila ramai wanita terdiri daripada remaja dan dewasa yang menjadikan isterinya sebagai inspirasi dari segi pemakaian tudung. 

”Alhamdulillah, Fareeda sekarang sudah ada 8 cawangan. Saya gembira bila ramai pelanggan, kalau mereka beli tudung Fareeda, mereka akan muat naik gambar di Instagram juga Facebook dan tagkan sekali pada Mawar. Sekarang ni asalkan Mawar muncul saja di mana-mana acara hiburan atau majlis koporat, peminat akan terus menamakan tudung yang dipakai Mawar sempena nama acara berkenaan. “Misalnya, kalau saya bawa dia ke Anugerah Meletop, nanti adalah keluar nama tudung, ‘Tudung Meletop’ dan sebagainya. Selain itu baru-baru ini ada seorang remaja yang menunjukkan kreativitinya mengubah tudung bawal yang dipakai dijadikan fesyen tudung Fareeda. Bagi saya remaja itu kreatif. Bukan sebaliknya seperti isu baru-baru ini yang mana hasil rekaan kami diciplak oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Baca juga di sini:

Mengapa Tudung Fareeda Mahal?









Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ