Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Penjenayah Bertindak Kerana Pemandu Terdedah, Larangan Cermin Gelap Perlu Dipinda @JPJ_Malaysia @PDRMsia




Isu tinted kenderaan bukan perkara baru diperkatakan, malah telah diperdebatkan sejak tahun 2009. Pelbagai jawapan dan penjelasan telah diberikan oleh pihak JPJ tetapi dilihat tidak logik serta tidak relevan.

Setelah menyepi seketika, isu tinted menjadi hangat setelah pihak polis memberi amaran kepada pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi supaya menukar atau menanggalkannya sebelum operasi besar-besaran dijalankan mulai 16 Jun.



Mengikut peraturan JPJ :
Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%.
Pengecualian khas pemasangan cermin gelap ;

Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.
Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap.

Pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda :

1) Tidak melebihi RM 500.00 atau penjara tidak melebihi 2 minggu untuk kesalahan pertama dan;
2) Tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya.

Sejak isu tinted disuarakan antara alasan yang popular dari pihak JPJ larangan berkenaan bagi mengelak kejadian jenayah.

Kenderaan bercermin gelap dikatakan menyukarkan pihak polis menangani jenayah terutamanya yang melibatkan rompakan bersenjata, curi kenderaan, penculikan dan sebagainya.

Cermin gelap dianggap mendatangkan kesusahan kepada pihak PDRM di dalam tugas mereka mengenal pasti identiti pemandu dan penumpang serta barangan yang dibawa.

Namun kebanyakkan kes seperti rompakan bersenjata, perompak tidak memerlukan cermin gelap kebanyakkan menggunakan kenderaan curi selain menutup wajah mereka menggunakan topeng atau helmet.

Alasan cermin gelap menyukarkan pihak berkuasa mengenal pasti penjenayah satu jawapan yang naif, kerana apakah ada kaedah dalam mengenal pasti penjenayah yang menggunakan helmet full face, kenapa tidak diharamkan sekali penggunaan full face?

Jadi alasan pihak JPJ dan polis dilihat dangkal malah larangan membenarkan kenderaan bercermin gelap sebenarnya mendedahkan kepada kes jenayah bersenjata seperti bunuh.



Kes 1 :

2 Ogos 2013 : Dua lelaki menaiki motosikal Yamaha berwarna biru menghampiri kereta Toyota Camry yang dipandu peniaga emas pada jam 8.45 pagi ketika berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, Selangor.


Kes 2 :

9 Ogos 2013 : Seorang lelaki India berusia 37 tahun yang tinggal di Air Hitam, Pulau Pinang mati ditembak ala mafia ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Anson, Goergtown, Pulau Pinang.


Kes 3 :

29 Julai 2013 : Seorang lelaki parah di paha kanan selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam. Motorsikal dinaiki dua lelaki menghampiri kenderaan yang dinaiki mangsa dan seorang daripada lelaki itu melepaskan tembakan.




Dalam kes samun melibatkan mangsa wanita pula, penjenayah bertindak setelah mengetahui mangsa memandu bersendirian.



Kes 4 :

28 Ogos 2013 : Setiausaha sulit Star Publications Bhd, Halimahton Kamarulzaman menjadi mangsa kes pecah cermin kereta dan samun dalam satu insiden di Jalan Seksyen 16. Halimahton, 41, yang bersendirian dalam keretanya disamun semasa menghentikan kereta Hyundai Matrix berwarna hitam miliknya di persimpangan lampu isyarat.


Kes 5 :

10 April 2014 : Pelakon era 90 an menjadi mangsa samun di Jalan Sri Rampai, Wangsa Maju. Ketika kejadian kira-kira jam 9 malam, mangsa memandu bersendirian dalam perjalanan mahu mengambil anak sulungnya di Wangsa Maju.


Dari keseluruhan jenayah yang berlaku, penjenayah bertindak melepaskan tembakan ketika kenderaan berhenti di lampu isyarat setelah penjenayah telah mengenal pasti identiti pemandu.

Justeru, alasan pihak berkuasa melarang penggunaan cermin gelap bertujuan mengelak kejadian jenayah adalah dangkal. Malah tidak keterlaluan saya katakan kebanyakkan wanita yang menjadi mangsa samun disebabkan mereka terdedah kepada kepada penjenayah.


JPJ, PDRM 'Double Standard'?

Selain itu, menurut peraturan JPJ, hanya orang tertentu dibenarkan menggunakan cermin gelap pada kenderaan - mereka adalah

  • Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong.Duli Yang Maha Mulia Raja sesuatu Negeri.
  • Pemangku Raja sesuatu Negeri
  • Pembesar Memerintah Negeri bagi Negeri Sembilan
  • Bakal Raja sesuatu Negeri
  • Bekas Raja sesuatu Negeri
  • Tuan yang Terutama Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri
  • Hakim Mahkamah Agung atau Mahkamah Tinggi
  • Pegawai Polis atau Tentera sebagaimana masing-masing dinyatakan oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera.



Penelitian saya tiada senarai yang menyatakan pemimpin politik termasuk dalam golongan yang dinyatakan oleh JPJ tetapi kenapa kenderaan kebanyakkan pemimpin politik dibenarkan bercermin gelap?



Adakah penguatkuasa JPJ serta PDRM mengamalkan 'double-standard' di mana pemimpin politik dibenarkan dan tidak dikenakan tindakan undang-undang tetapi pemandu yakni orang biasa dikenakan tindakan saman dan mengoyak tinted?

Kesimpulannya larangan penggunaan cermin gelap dilihat tidak relevan dikenakan ke atas kenderaan persendirian dan akta ini patut dipinda memandangkan akta tersebut dikuatkuasakan ketika negara digemparkan dengan beberapa peristiwa rogol dan bunuh membabitkan bas ekspress bercermin gelap.

Sebagai penutup, satu soalan yang gagal dijawab oleh pihak berkuasa sejak isu ini timbul adalah - kenapa booth JPJ dan Kastam di pelabuhan membenarkan kenderaan yang becermin gelap dibawa masuk ke dalam negara sedangkan ia menyalahi peraturan?

Kenapa selepas kenderaan dibeli oleh pengguna, ia dikatakan tidak mengikuti peraturan JPJ lalu pemilik menjadi mangsa?

Isu ini mengundang kemarahan ramai pihak, malang kerana yang dipersalahkan adalah kerajaan pemerintah.


Sumber: yuseriyusoff.blogspot.com


Baca juga di sini:

Pengguna Tinted Kalau JPJ Saman Kemukakan Fakta Ini




0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ