Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Had Laju 50 Km/j Tak Munasabah, Ramai Pengguna Disaman

Had Laju 50 Km/j Tak Munasabah, Ramai Pengguna Disaman

Ah Meng menunjukkan had laju 50km/j di jalan utama Seremban-Tampin yang menyebabkan ramai pengguna jalan raya mendapat surat saman sejak sebulan lalu.

REMBAU – Pengguna jalan utama Seremban-Tampin, dekat Pedas, di sini memohon pihak berkaitan mempertimbangkan semula had laju ditetapkan di kawasan berkenaan.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi berkenaan mendapati, beberapa papan tanda had laju iaitu 50 kilometer sejam (50km/j) didirikan di laluan selekoh berkenaan berbanding had laju sebenar bagi jalan persekutuan iaitu 90km/j.

Ketua MCA Cawangan Pekan Pedas, Lee Ah Meng berkata, beliau menerima banyak aduan daripada masyarakat setempat dan juga kenalannya apabila ada antara mereka menerima surat saman ketika melalui kawasan terbabit.

“Laluan berkenaan membenarkan had laju sekitar 50km/j sedangkan had laju berkenaan agak sukar untuk dipatuhi kerana agak perlahan dan pengguna jalan raya terpaksa menekan brek melalui kawasan berkenaan untuk mengelak kemungkinan disaman.

“Ada juga pengguna yang memandu sekitar 60km/j dan turut dikenakan saman. Jadi saya harap agar pihak berkaitan dapat mempertimbangkan permohonan untuk menaikkan had laju iaitu 70km/j di kawasan berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi berkenaan, semalam.

Peniaga, Yau Ho Huat, 60, memberitahu, kenalannya juga terkejut apabila mendapat surat saman sebulan lalu kerana memandu dengan had laju sekitar 70km/j.

“Tentu sahajalah rakan saya terkejut kerana tidak menyangka had laju di kawasan itu hanya sekitar 50km/j. Malah, jika di Pekan Pedas pun had lajunya adalah sekitar 70km/j.

“Jadi, memang kita harap agar pihak berkaitan dapat mempertimbangkan had laju berkenaan memandangkan had laju 50km/j tidak sesuai dan ramai yang sudah mendapat surat saman susulan had laju ini.

Sementara itu, Jurutera Daerah, Zamri Mat Kasim berkata, pihaknya kini dalam proses mengemukakan permohonan bagi mempertimbangkan kembali had laju di kawasan berkenaan.-SH.


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ