Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Selepas H12, Nuffnang Pula Siarkan Iklan Gambar Lucah??



Assalamualaikum wbt...Salam ceria buat teman-teman yang dirahmati Allah swt...

Sembah derhaka Siri 4

Bukan apa, tergerak pula di hati Ida untuk membuat entry ini... sebelum ini Ida pernah terbaca entry 2-3 orang rakan-rakan blogger kita pasal iklan H12 yang sering memaparkan iklan lucah yang mengghairahkan... mereka kata perlukah iklan tersebut terpampang di blog kita? Ermmm Ida bukan berniat menyindir atau pun apa-apa, memang benar apa yang dikatakan oleh mereka... Apa perlunya?? 

Dan sekarang sejak kebelakangan ini, Ida perhatikan Nuffnang yang kita sanjung mula menyiarkan iklan2 seperti yang disiarkan oleh H12... persoalannya dimanakah relevennya Nuffnang sekarang? Atau kita yang sudah tidak releven?




Gambar iklan di atas sebagai contoh yang sempat Ida crop...malah ada yang lebih teruk dari ini iaitu gambar wanita yang hanya memakai coli dan di sediakan sebuah gunting sebagai iklan diet kot.

Bercerita pasal gambar lucah atau entry lucah, Ida nak kongsi sedikit pengalaman Ida sebagai blogger ini. Cuba lihat Popular Posts Minggu Ini yang berada di sebelah kanan blog. Apa nak kata...entry berbau lucah inilah yang mendapat hit dan top di blog ini. Walaupun ceritanya tidak seberapa... hanya gah pada tajuk sahaja, tetapi itulah yang dicari orang ramai yang mengunjungi blog dan mendapat rating yang tertinggi. Bukan tidak ada artikel-artikel keagamaan tetapi ia la.. tepuk dada tanya selera.




Ermmm cukuplah sekadar memaparkan 2-3 tajuk yang mendapat rating tertinggi. Apa nak di kata...


Baca juga di sini:

Iklan Libresse Di Nuffnang




2 comments:

dahsyat juga...

Oh hehe

23 May 2014 at 22:16 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ