Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Bas Terbalik, 16 Penumpang Bas Ekspres Nyaris Maut

as Terbalik, 16 Penumpang Bas Ekspres Nyaris Maut



Nibong Tebal - 30/3/2014: Seorang penumpang sebuah bas cedera parah selepas kenderaan dinaikinya itu terbalik dalam kejadian di Kilometer 164 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Jawi di sini, kira-kira jam 10 malam tadi.

Kemalangan membabitkan sebuah bas dalam perjalanan dari Genting Highlands, Pahang menuju ke Alor Setar dengan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux. Ketika kejadian bas berkenaan membawa 17 penumpang termasuk seorang pemandu.

Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal untuk mendapatkan rawatan.

as Terbalik, 16 Penumpang Bas Ekspres Nyaris Maut

ANGGOTA bomba memeriksa keadaan bas yang terbabit kemalangan. FOTO Amir Irsyad Omar


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superitendan Shafien Mamat berkata, kejadian dipercayai berpunca akibat pemandu bas yang gagal mengawal kenderaannya selepas sebuah kenderaan pacuan empat roda memotong kenderaan itu secara tiba-tiba. mymetro



0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ