Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



MH370: Kenapa Sudah Sekian Lama Tiba-Tiba WSJ Kata TERSILAP Kawasan Pencarian?



Tersilap atau sengaja di silapkan? Tetapi Ida memang percaya perbuatan mencari di Lautan Hindi memang satu kesilapan dan satu kerugian besar bagi Malaysia...Lepas ni mungkin ada lagi penafian bahawa MH370 tidak berakhir di Selatan Lautan Hindi...


KUALA LUMPUR - 1/4/2014: Lemahnya koordinasi di kalangan negara-negara yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 telah menyebabkan pihak terlibat tersilap mencari di kawasan yang salah di Lautan Hindi, lapor akhbar Wall Street Journal (WSJ).

Lapor WSJ, ini terjadi berikutan kumpulan penyiasat dan pakar-pakar antarabangsa telah menjalankan siasatan secara berasingan untuk mengesan lokasi di mana pesawat berkemungkinan jatuh.

WSJ yang memetik dua sumber yang dikatakan ada kaitan dengan operasi pencarian berkata, kegagalan koordinasi mengambil tindakan pantas, menimbulkan persoalan sejauh mana keberkesanan kaedah penyampaian maklumat kepada negara-negara terbabit.

Sedang sebuah pasukan menganggarkan kelajuan dan jumlah minyak yang digunakan oleh pesawat berdasarkan data radar dan prestasi pesawat, pasukan yang lain mengambil masa berhari-hari untuk meneliti data satelit, kata sumber itu.

Lokasi pencarian akhirnya diubah pada Jumaat lalu hanya selepas pihak berkuasa mengaitkan dua hasil siasatan terbabit.

“Hasil siasatan mendapat maklumat yang kredibel mengenai laluan dan lokasi pesawat berkemungkinan terhempas di perairan Australia,” kata Ketua Pesuruhjaya Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan kepada WSJ.

Sumber juga mengatakan pencarian adalah ‘satu proses mengambil masa dan pegawai penyiasat telahpun berkongsi maklumat dengan negara-negara terlibat’.

“Namun pihak berkuasa Malaysia tidak merasakan adalah peranannya untuk memastikan pakar-pakar antarabangsa ini berkongsi maklumat sesama mereka,” satu sumber memaklumkan kepada WSJ.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika berada di Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.


Sebelum ini kita didedahkan bahawa pesawat membuat pusingan ke kiri kemudian dua hari lepas Kapten Datuk Nik Huzlan sendiri terkejut bahawa pesawat sebenarnya berpusing ke kanan berpandukan maklumat terbaru yang dirakam oleh kerajaan China...


Baca juga di sini





4 comments:

semakin hari semakin pelik kan. wallahualam... sama2 lah kita tunggu apa yg akan terjadi seterus nya

1 April 2014 at 14:41 comment-delete

Ika keliru dah pasal MH370 ni T_T

Kak ida, ika nak jemput join giveaway ika ni, kalau sudi join laa ya :)
http://haneulafiqah.blogspot.com/2014/04/grand-opening-giveaway-by-haneulafiqah.html

1 April 2014 at 14:44 comment-delete

Semakin bercelaru... Misteri betul kehilangan MH370 ni...

1 April 2014 at 17:04 comment-delete

Allah..Allah..Allah..bantulah dalam usaha ini Ya Rabb..

1 April 2014 at 18:35 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ