Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Hukum Memberitahu Ciri-Ciri Bahagian Aurat Kepada Bukan Mahram

Hukum Memberitahu Ciri-Ciri Bahagian Aurat Kepada Bukan Mahram
Gambar hiasan



SOALAN

Apakah hukum memberitahu ciri-ciri bahagian aurat kepada yang bukan mahram tanpa menunjukkan bahagian tersebut? Contohnya seorang perempuan memberitahu kepada kawan lelakinya tentang rambutnya yang panjang, lurus dan sebagainya. Tetapi lelaki tersebut tidak pernah melihat rambut perempuan itu.



JAWAPAN

Hukum memberitahu ciri-ciri bahagian aurat kepada yang bukan mahram adalah ditegah oleh syarak, maksudnya haram hukumnya walaupun orang itu tidak melihat aurat tersebut, kerana dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud r.a., Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Janganlah seorang perempuan bergaul dengan perempuan lain kemudian menceritakan perihal perempuan lain itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya itu melihat perempuan yang diceritakannya”. (HR al-Bukhari dan Muslim)

Imam Ibnu Kathir menyatakan di dalam Tafsirnya mengenai Firman Allah Subhanahu wa Taala (au nisaa`ihinna), maksudnya adalah, seorang wanita muslimah juga dibolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada wanita-wanita muslimah, namun tidak boleh kepada ahlu zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah); agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita muslimah kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari (mahdzuuran) pada semua wanita, akan tetapi kepada wanita ahlu zimmah lebih ditekankan lagi. Illah (sebab) batas aurat wanita muslim dihadapan wanita bukan muslim sama seperti aurat perempuan dengan lelaki bukan mahram adalah kerana wanita bukan muslim ini tidak boleh dipercayai kerahsiaan mereka (dalam menjaga amanah). Ditakuti aib dan aurat wanita muslim dihebah-hebahkan. Bagi wanita ahlu zimmah tidak ada larangan mengenai masalah ini (menceritakan aurat wanita lain). Adapun untuk wanita Muslimah, sesungguhnya, dia memahami bahawa hal ini (menceritakan aurat wanita lain kepada suaminya) adalah haram. Oleh kerana itu, hendaknya dia menjaga diri dari hal tersebut. 


Wa-Allahu a’alam bi al-sawab.


Sumber: 


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ