Awi Rafael nafi lagu "Kalau Aku Kaya" sindir Hanez Suraya




Penyanyi popular dari negara seberang, Awi Rafael menyangkal dakwaan kononnya lagu hits-nya bersama Atimet "Kalau Aku Kaya" ditujukan khas buat bekas kekasihnya Hanez Suraya sebagai satu sindiran.

"Itu kelakar (ketawa). Saya seorang penulis dan mungkin itu yang membuatkan orang selalu salah anggap. Lagu itu sebenarnya ditulis oleh Altimet dan lagunya oleh Omar K dan Audi Mok. Saya hanya menyanyikan saja bersama Altimet.

"Jadi jawapan saya lagu tersebut sebenarnya tidak menyindir sesiapa termasuklah Hanez," katanya kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Jelas Awi lagi, lagu tersebut sebenarnya mengisahkan tentang ragam masyarakat dan bukannya merujuk pada diri Hanez.

Dalam pada itu, Awi turut mengakui bahawa keputusan untuk berpisah dengan aktres jelita itu adalah satu keputusan yang tepat.

"Saya banyak belajar dari pengalaman lalu. Saya tidak tidak menyesal mengikut kata hati saya. Bila saya rasa tak boleh teruskan hubungan itu, saya beritahu dia dan ikut kata hati saya. Alhamdulillah."

Dalam perkembangan lain, Awi memberitahu dia kini dalam proses menghasilkan lagu untuk artis-artis lain seperti untuk Dato' Siti Nurhaliza, Alif Aziz dan adiknya Aisyah Aziz dan Syura selain turut sibuk menerbitkan lagu tema untuk beberapa buah drama.


0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ