Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Tahukah Anda? #2

Tahukah Anda



Dari blog dramaraja  - bradokapak


Tahukah Anda? #2

Ada beberapa pengesahan sedang dibuat. Mengumpul kembali data-data lama yang tersimpan. Semalam, KDYMM Sultan Abd Halim telah berkenan melantik Dato Awang Adek sebagai ketua duta baru negara kita ke Amerika Syarikat dan telahpun bertolak ke sana.

Dato Awang Adek adalah orang lama dalam perbankan dan kewangan negara. Beliau memegang mandat besar dalam negara sebelum ini. Agak lama juga namanya menyepi dan sekarang dia muncul kembali menggalas tugas baru ke Amerika Syarikat.

1. Tahukah anda? Rizab Emas Bank Negara Malaysia sudahpun mengecil jumlahnya sehingga sekitar 2 atau 3 persen sahaja (jika saya tidak salah)?

2. Tahukah anda? Sudah tiba masa di mana ada banyak peperangan akan berlaku setelah keringnya air Sungai Furat.

3. Tahukah anda? Sudah hampir satu masa dimana akan jatuhnya kerajaan Bashar Al-Assad dan tertegaknya As-Sufyani.

4. Tahukah anda? Perang Dunia ketiga telahpun berlaku seawal tahun 70-an dahulu sehingga sekarang.

5. Tahukah anda? Perang Dunia keempat akan terjadi dimana kekuasaan negara bernuklear akan memainkan peranan utama.

6. Tahukah anda? Amerika Syarikat sedang buntu untuk memancing perang terhadap negara-negara blok komunis-syiah.

7. Tahukah anda? Perang di Syria sengaja dilengahkan dan senjata superpower yang sepatutnya digunakan disana masih belum dikeluarkan.

8. Tahukah anda? Amerika sengaja melengahkan perang di Syria dan menghentikan seketika bantuan senjata api kepada FSA, ISIS & The Geng bagi memancing keterlibatan blok komunis-syiah.

9. Tahukah anda? Sekarang ini sedang berlaku secara besar-besaran perang perisikan dan perang kepercayaan.

10. Tahukah anda? Tinggal sekitar 7 atau 8 hari sahaja lagi jangka hayat kotak hitam MH370 sebelum ia 'PADAM'.

11. Tahukah anda? Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Obomba datang ke Golden Chersonese ini membawa skrip baru.

12. Tahukah anda? Dato Seri Najib berkemungkinan adalah Perdana Menteri Malaysia yang terakhir selepas berakhirnya 'RAHMAN'.

13. Tahukah anda? Keterlibatan utama para Ulamak sebenarnya amatlah besar pengaruhnya dalam apa jua perkara namun kini ulamak ini semuanya mendiamkan diri disaat ummat 'blur' dengan apa yang terjadi.

Bersedialah dengan kemungkinan yang lebih memeningkan kepala anda semua... Saya tidak pernah memaksa anda semua untuk terus follow wall fb dan blog sy yg misteri ini. Namun, bersangka baiklah... saya bukanlah orang yang jahat dan saya sentiasa mengharapkan adanya perubahan dalam minda masyarakat kita agar lebih bijak membaca, menilai lantas berfikir serta mencari penyelesaian walaupun kecil. Saya mendoakan agar kita semua dijauhkan daripada fitnah akhir zaman yang akan tiba tidak lama lagi............

Sekian.

-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ