Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



MH370: Sebanyak 50% Pendapat Yang Tidak Berpuas Hati Dengan Tindakan Kerajaan Menghadapi Krisis




Wajarkah Tinjauan Yang Dibuat Merdeka Center Ini?

Wajarkah di saat negara kita sedang genting berdepan dengan cabaran misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, ada segelintir pihak pula mengambil peluang ini untuk membuat hasil kajian menunjukkan sejauh mana penduduk Malaysia berpuas hati dengan tindakan kerajaan dalam menghadapi krisis negara.

Laporan yang dikeluarkan oleh firma penyelidikan bebas, Merdeka Center menunjukkan sebanyak 50 peratus daripada 513 berpendapat mereka tidak berpuas hati manakala 43 peratus pula berpendapat sebaliknya.

Tinjauan itu difahamkan dijalankan dalam tempoh 13 Mac hingga 20 Mac.

Persoalannya di sini, adakah wajar dan rasional kajian sebegini dilakukan ketika pihak kerajaan serta 25 negara lain sedang giat menjalankan operasi SAR untuk mencari di mana menghilang pesawat MH370?

Kalau kita tidak terlibat secara langsung dalam operasi SAR, janganlah kita terus menghentam kerajaan dalam menangani pengurusan krisis.

Sebaliknya, sebagai orang awam dan penduduk Malaysia yang sentiasa bersikap empati terhadap nasib orang lain, lebih baik kita mendoakan kesejahteraan kesemua penumpang dan anak kapal MH370 daripada mengutuk cara Malaysia mengendalikan sesuatu krisis yang melanda negara.

Biasalah ada sahaja perkara yang dilakukan kerajaan tidak kena di mata mereka, cuba kalau kita letakkan orang-orang yang tidak berpuas hati itu turut sama menjalani operasi SAR.

Kita lihat ada berani tak, atau pun mereka hanya tahu berkokok mengutuk serta mencaci tindakan kerajaan dalam menghadapi misteri kehilangan pesawat MH370. 





0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ