Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Daftar Skim Myhome Malaysia 2014




Daftar Skim Myhome Malaysia 2014 : Cara Permohonan Telah Didedahkan Menteri!


Baru-baru ini Datuk Sero Najib ada umumkan di sini Program Skim Myhome Malaysia 2014 akan dilancarkan pada 1 April 2014 ini. Tinggal beberapa jam daripada sekarang. Sebelum ini, sudah ada beberapa projek & skim perumahan di bawah kerajaan Malaysia termasuklah PR1MA (KLIK SINI), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), akan datang 1Malaysia Development Berhad. Terbaru Program Myhome

Apa yang kerajaan Malaysia tawarkan kepada anda semua yang bercita-cita memiliki kediaman dan rumah sendiri melalui skim Myhome Malaysia 2014 ini?

Menteri yang bertanggungjawab telah mendedahkan butiran yang lebih lengkap mengenai program skim Myhome Malaysia 2014 ini. Antaranya ialah :

Daftar Skim Myhome Malaysia 2014 : Tawaran Kerajaan Malaysia


  • Tawaran subsidi maksimum RM30,000 bagi membeli rumah kos rendah kepada individu berpendapatan antara RM3,000 – RM6,000
  • Mensasarkan pembinaan 10,000 unit rumah bagi tahun 2014
  • RM300 juta diperuntukkan bagi menjayakan program ini

Daftar Skim Myhome Malaysia 2014 : Syarat Kelayakan?


  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pembelian adalah rumah pertama
  • Bantuan(Subsidi) Maksimum: RM30,000
  • Subsidi Skim MyHome akan dibayar terus ke akaun pembeli



MyHome 1:


  • Pendapatan isi rumah: RM3,000 hingga RM4,000
  • Jualan harga rumah
  • Semenanjung: RM80,000 hingga RM120,000
  • Sabah Sarawak: RM90,000 hingga RM120,000
  • Berkeluasan 800 kaki persegi



MyHome 2:

Pendapatan isi rumah: RM4,001 hingga RM6,000
Jualan harga rumah
Semenanjung: RM120,001 hingga RM200,000
Sabah Sarawak: RM120,001 hingga RM200,000
Mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air serta kemudahan asas seperti tempat letak kereta, dewan komuniti, surau dan taman permainan
Berkeluasan 850 kaki persegi


Daftar Skim Myhome Malaysia 2014 : Cara Permohonan?

Muat turun borang permohonan menerusi Laman Web Jabatan Perumahan Negara dengan cara Klik Sini: http://ehome.kpkt.gov.my
(atau) Dapatkan borang di Pejabat Setiausaha Negeri (Seluruh Negara)
Borang permohonan dibuka: 1 APRIL 2014


Pusat Panggilan MyHome:

* 03-8891 4322
* 03-8891 4317
* 03-8891 4313

Di bawah ini Berita Semasa kongsikan penerangan lebih terperinci oleh menteri yang bertanggungjawab dengan Skim Myhome Malaysia 2014 kali ini berdasarkan jawapan beliau di Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia. -kredit










1 comments:

kalau bujang layak memohon tak ida?

31 March 2014 at 23:32 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ